INTERNET DALAM PENDIDIKAN DARI PERSEPSI ISLAM

INTERNET DALAM PENDIDIKAN DARI PERSEPSI ISLAM

1.PENDAHULUAN


          Lain hulu lain parang, lain dulu lain sekarang, seperti mana yang kita ketahui zaman dahulu amat berbeza dengan zaman kini. Zaman sekarang adalah zaman yang memerlukan kepakaran IT. Salah satu keparan IT yang mesti kita ada adalah internet. Internet ini bermula pada tahun 1983. Dr.Muhamed Awang-Lah adalah individu yang mencetuskan idea untuk menghubungkan Malaysia dengan dunia luar.oleh itu, internet merupakan modium moden pada masa kini. Internet juga berperanan menyalurkan maklumat kepada pengguna. Contohnya, manusia kini tidak perlu pergi ke kedai untuk membeli surat khabar, majalah mahupon rancangan yang berunsurkan dokumentasi, ini kerana internet berperanan untuk menyediakan segala yang kita mahu. Selain itu, internet juga berperanan mengeratkan hubungan silaturahim sesama manusia. Contohnya, kita dapat berhubung dengan rakan kita yang jauh terpisah melalui aplikasi yang berhung dengan internet seperti “FACEBOOK”, “WHATSAPP”, “TELEGRAM”, dan “INSTAGRAM”. Disebelik kebaikkan daripada aplikasi tersebut, aplikasi ini juga menyebabkan kita lalai dan leka daripada melakukan ibadah yang dituntut oleh Allah. Sehubungan dengan itu, internet juga boleh dijadikan tempat yang membawa kita terjerumus dengan kemaksiatan. Antaranya, akhbar-akhbar kini melaporkan bahawa peratusan penceraian meningkat, ini berpunca daripada media sosial. Dalam hal ini juga, internet boleh menjadi modium Pendidikan kepada semua lapisan masyarakat terutama kepada pelajar. Internet ini penting kerana, pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan serta pelajar dapat mencari latihan untuk latih tubi sebelum memulakan peperiksaan.hal ini dapat membantu pelajar meninkatkan keyakinan untuk menjawab peperiksaan yang bakal pelajar hadapi. Seterusnya, kita boleh medalami ilmu agama dengan senang. Jadi internet ini amat memerlukan oleh kita. Oleh itu, Islam amat menitik beratkan ilmu dan akidah dalam diri agar kita tidak mudah terjerumus dengan anasir-anasir yang dapat merosakkan iman dan takwa kita kepada Allah. Dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W bermaksud, “barang siapa menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu maka Allah akan tunjukkan baginya salah satu jalan dari jalan-jalan ke syurga”. “Apabila manusia telah meninggal dunia maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga amalan : shadaqah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan dia” [HR. Muslim]. Ini menggambarkan bahawa tidak menjadi salah untuk kita menggunakan internet untuk mendalami ilmu dunia mahupun akhirat.

2. PENGERTIAN INTERNET


    Pengertian internet (interconnection networking) sendiri adalah jaringan komunikasi global yang terbuka dan menghubungkan jutaan bahkan milyaran jaringan komputer dengan berbagai tipe dan jenis, dengan menggunakan tipe komunikasi seperti telepon, satelit dan lain sebagainya. Awalnya internet merupakan jaringan komputer yang dibentuk oleh Departemen Pertahanan Amerika Serikat pada tahun 1969 melalui sebuah proyek yang disebut dengan ARPANET. Misi awal dari proyek ini awalnya hanya untuk keperluan militer saja, tetapi lambat laun terus berkembang dan bisa dinikmati oleh semua kalangan. Pada awal perkembangannya, Departemen Pertahanan Amerika Serikat (US Department of Defense) membuat sebuah jaringan yang bertujuan untuk menghubungkan komputer-komputer yang ada di berbagai daerah, sehingga memungkinkan penyimpanan data di banyak tempat dan jika terjadi kondisi perang, data yang dimiliki oleh Amerika tidak mudah bocor ke tempat lain.Terciptanya internet telah membawa perubahan yang sangat berarti dalam berbagai aspek kehidupan manusia. Selain itu, internet juga telah melahirkan dunia baru yang memiliki pola, corak sekaligus karakteristik yang berbeda dengan dunia nyata.
Para pendiri projek ARPANET

 2.1. Apa Itu Internet?

           Internet merupakan jaringan global komputer di dunia ,ia besar dan juga sangat luas dimana setiap kumputer, talifon dan alat-alat perhungan yang lain. Alat-alat ini saling berhubung antara satu sama lain  dari negara ke negara diseluruh dunia. Perhubungan ini selain berisi perbagai-bagai informasi ia juga mampu berhubung melalui text, gambar, audio, video dan juga lain-lain yang melibat penghantaran melalui internet.


          Internet ini juga dikenali sebagai dari interconnection networking yang juga bererti hubungan dari banyak jaringan komputer yang berbagai-bagai jenis. Sebagai contoh alat komunikasi ialah telefon , setelit dan lain-lain. Dalam pengaturan intergasi dan komunikasi jaringan komputer ini ia mengunakan protocol iaitu TCP/IP. TCP ataupun dikenali sebagai transmission control protocol ia ditugaskan adalah untuk memastikan bahwa semua hubungan bekerja dengan benar. IP ataupun internet protocol ia mentransmisikan data dari satu alat perhubungan ke alat perhubungan yang lain. Kedua-dua protokol ini secara umum ialah berfungsi memilih rute terbaik untuk transmisi data, memilih rute alternatif jika rute tidak dapat digunakan,mengaturkan dan mengirimkan paket-paket pengiriman data.


        internet ini mampu menberikan perbagai manfaat dan juga ada yang mampu memberikan manfaat yang baik dan ada juga yang mampu memberikan manfaat yang buruk kepada pengguna. Pengunaan yang baik adalah apabila internet itu digunakan untuk pembelajaran, mencari informasi, dan lain-lain yang positif dan mampu membantu kerja-kerja seharian. Selain itu, penggunaan internet yang buruk atau salah ialah apa bila si pengguna mengunakan internet dalam hal-hal berkaitan pornografi , maklumat berkaitan penganas atau kekasaran dan lain-lain yang negatif dan mampu merosakan si pengguna.      
     
        internet ini juga dapat memangkinkan pengguna komputer di seluruh dunia mampu saling berkomunikasi dan salaing bertukar-tukar informasi dengan cara yang mudah. Sebagai contoh penghantaran email, penghubungan dari satu komputer ke komputer yang lain dan penghantaran fail dari pelbagai bentuk seperti text , audio , video dan lain-lain.

 2.2 Perkembangan Internet

              Teknologi informasi dan Telekomunikasi merupakan salah satu tulang belakang uplikasi Web 2.0 . Perkembangan Teknologi Informasi dan Komukasi yang fenomenal dan menjadi awal munculnya uplikasi web adalah internet. internet yang terawal adalah eset untuk pertahanan dan keamanan serta pendidikan berkembang menjadi peringkat yang memangkin yang sangat maju dan berpengaruh. Dalam aplikasi web 2.0 ini terdapat peristiwa penting dalam sejarah internet
JARINGAN INTERNET
        Perkembangan besar Internet pertama adalah penemuan terpenting ARPA ataupun advanced research agency iaitu packet switching pada tahun 1960. Packet switching adalah pengiriman pesan yang dapat dipecahkan dalam paket-paket tersebut dapat melalui berbagai alternatif jalur jika salah satu jalur rosak untuk mencapai tujuan yang telah ditentukan. Paket switching juga dapat meningkatkan jaringan yang digunakan secara bersama untuk melakuka perlbagai komunikasi, berbual pada jalur telefon yang memerlukan jalur yang khususuntuk malakukan komunikasi. Maka ketika ARPANET menjadi jaringan komputer nasional di Amerika Syarikat pada 1969, dan packet switching digunakan secara menyeluruh sebagai cara komunikasi menggantikan circuit switching yang digunakan pada sambungan telepon awam.


     Perkembangan besar internet kedua yang dicatat dalam sejarah ialah internet adalah pengembangan lapisan protokol jaringan yang terkenal kerana paling banyak digunakan sekarang ialah TCP/IP. Protokol adalah suatu kumpulan aturan untuk berhubungan antara jaringan. Protokol ini dikembangkan oleh Robert Kahn dan juga Vinton Cerf pada tahun 1974. Dengan protokol yang standart dan disatukan secara luas , maka jaringan umum yang tersebar di pelbagai tempat dapat slaing berhubungan dan membentuk jaringan yang luas dan mampu mengjangkau kr seluruh dunia.  Jaringan dengan menggunakan protokol internet ini ialah yang sering disebut sebagai jaringan internet.

           Perkembangan yang besar internet ketiga adalah tersebarnya World Wide Web pada tahun 1990 oleh Tim Berners-Lee. Aplikasi World Wibe Web (WWW) ini menjadi konten yang dinanti yang dinantikan semua pengguna internet di seluruh dunia. WWW membuat semua pengguna dapat mengunakan pelbagai-bagai aplikasi dan konten-konten yang terdapat di dalam internet, serta saling dapat memggunakanmaklumat dengan sebaiknya. Sejak perkembangan ini ini internet ini makin digunakan oleh setiap lapisan manusia di seluruh dunia terutamanya di Malaysia

3.KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET DARI PERSEPSI ISLAM

Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian penghubung dunia yang telah mengecilkan dunia. Dunia tanpa sempadan dimungkinkan dengan adanya jaringan internet ini. Walau bagaimanapun, teknologi internet ini kerap disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang boleh membawa kemudaratan.

Internet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna. Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet. Internet merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan. Tugas guru juga dipermudah melalui penggunaan internet yang membekalkan pelbagai ilmu terkini dan mudah. Perkembangan sains dan teknologi serta ilmu canggih dipaparkan dalam internet. Ia juga membantu dalam proses penyelidikan dan pembangunan.

Selain itu, internet merupakan saluran komunikasi antarabangsa. Teleperubatan dimungkinkan dengan adanya internet. Pakar-pakar perubatan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan adanya internet. Pelbagai pembedahan dan diagnosis dimungkinkan melalui internet. Komunikasi dalam aspek ekonomi dan politik pula dapat dimungkinkan dengan telekonferens. Ini memudahkan sesuatu urusan komunikasi dalam usaha membuat keputusan tanpa pergi ke sesuatu tempat. Di samping itu, pendidikan jarak jauh juga dapat dijalankan dengan adanya kemudahan internet. Internet ini memberi faedah kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk melanjutkan pengajian mereka tanpa menjejakkan kaki ke menara gading.


3.1 Kesan Positif Terhadap Pelajar Politeknik

   Internet merupakan sistem komunikasi yang menyampaikan maklumat dari seluruh dunia. Sistem ini boleh diperoleh melalui komputer atau sebagainya. Kini internet boleh dilayari menerusi telefon bimbit. Internet mempunyai kebaikan dan keburukan.

     Antara kebaikan internet ialah pelajar akan menerima maklumat dengan cepat. Minda pelajar akan sentiasa terbuka dan terkini. Dalam keadaan tertentu,pelajar boleh bersedia jika menghadapi sesuatu masalah. Internet akan memudahkan lagi kerja-kerja seharian. Seterusnya, pelajar boleh mendapatkan maklumat hanya dengan menggunakan hujung jari sahaja. Sebelum ini,jika ingin mengetahui tentang ubat-ubatan,kita terpaksa pergi ke hospital. Menerusi teknologi ini,kita dapat menjimatkan masa,duit dan tenaga.

    Bagi seorang pelajar, sama ada di peringkat sekolah mahupun universiti, ialah kebanjiran ilmu pengetahun, yang membolehkan pelajar mendapat apa sahaja maklumat yang diingini dengan menggunakan enjin carian google,yahoo dan sebagainya tanpa perlu bersusah untuk pergi ke perpustakaan dan dalam masa yang sama mampu menjimatkan masa. Dengan menaip tajuk yang berkaitan, enjin carian ini akan mencadangkan beberapa puluh laman sesawang yang membincangkan tajuk yang berkaitan. Pelajar juga boleh memuat turun buku elektronik secara percuma ataupun berbayar dilaman sesawang yang berkenaan dan boleh mendapatkan sampel tugasan untuk dijadikan rujukan, maklumat kini hanya berada di hujung jari. Tambahan pula, pelajar boleh menambah ilmu pengetahuan mengenai dunia luar dan tidak hanya bergantung kepada silibus pelajaran di sekolah sahaja. Terbuktilah internet mampu memberikan manfaat kepada golongan pelajar. Ibu bapa juga boleh menggunakan manfaat ini untuk mencari tips menarik di internet seperti tips keibubapaan, resepi masakan dan sebagainya untuk diaplikasikan di dalam kehidupan.

       Selain itu,facebook merupakan salah satu hasil ciptaan dalam perkembangan dunia teknologi hari ini yang digunakan dalam teknologi internet. Facebook adalah salah satu media perhubungan sosial yang sangat terkenal .Melalui Facebook masyarakat dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia. Pengguna Facebook boleh mempamerkan apa sahaja yang mereka ingin orang lain tahu berkenaan diri mereka di laman Facebook seperti tarikh kelahiran, hobi, matlamat masa hadapan dan banyak lagi. Dalam kajian juga ada menyatakan bahawa, Facebook telah digunakan untuk beberapa perkara dan terdapat lapan motif yang di kenal pasti oleh pelajar dalam menggunakan Facebook iaitu mengekalkan hubungan, meluangkan masa, menyertai komuniti maya, menghiburkan, merasa hebat, mencari teman, pendedahan diri dan mencari maklumat.

       Facebook sebagai alat perantara untuk perniagaan. Ia mudah untuk mendapatkan target pasaran. Oleh itu, apabila kita ingin menyebarkan tentang barangan terbaru atau membangunkan perniagaan, iainya amat mudah. Ini kerana Facebook menjadikan komunikasi tanpa henti kerana setiap saat pasti ada ahli baru dalam ruangan rakan kita. Dalam sehari jutaan pengguna Facebook akan melihat apat yang terbaru dalam halaman utama Facebook mereka. Jadi kesempatan tersebut boleh digunakan untuk mempromosikan barangan terbaru kita. Jumlah rangkaian akan mudah bertambah dari setiap minit selepas kita mengemaskini laman peribadi dan memaparkannya di halaman utama Facebook.


3.2 Kesan Negatif Terhadap Pelajar Politeknik

      Namun begitu,keburukannya tetap ada terutama bagi mereka yang berfikiran negatif. Mereka akan melihat laman web yang tidak baik. Hal ini boleh mengganggu perasaan kita sebagai seorang pelajar. Akibatnya,kita akan terpengaruh dengan budaya kuning yang kita lihat itu. Bagi pelajar-pelajar yang malas,mereka akan berterusan. Fenomena ini akan menyebabkan kita malas mengulang kaji pelajaran. Apabila pelajar melayari internet,semua masa lapang akan digunakan untuk melayari internet sahaja. Akibatnya badan menjadi tidak sihat apabila tidak keluar beriadah. Selain itu, internet menjadikan kita kurang bersabar. Hal ini disebabkan pengguna telah biasa memperoleh maklumat yang diingini dan menyiapkan sesuatu melalui internet dengan pantas. Namun, tatkala maklumat tidak dapat diproseskan dengan cepat, kita akan mudah mengalami kegusaran dan emosi kebosanan yang menggelegak. Lantas, kita akan menjadi insan yang kurang bersabar dalam pergaulan seharian dan tidak digemari orang kerana senantiasa menginginkan kepantasan proses dalam kehidupan.

     Seterusnya, remaja yang kurang berfikiran matang senang dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif yang dipaparkan dalam laman web internet. Misalnya, paparan budaya kuning, aksi-aksi keganasan dan lain-lain. Maka, remaja akan meniru aksi-aksi yang menjejaskan nilai murni yang telah dipupuk dalam sanubari mereka sejak bangku sekolah. Lagipun, ada juga yang terikut-ikut dengan budaya hegemoni Barat dalam hidup dan mengalami keruntuhan akhlak. Keburukan lain termasuklah kesahihan maklumat yang boleh diragui. Bukan semua maklumat yang diperoleh dari internet adalah benar. Maklumat itu mungkin ditokok tambah dan sengaja menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna internet. Bahkan terdapat khabar angin yang disebarkan melalui internet mampu menjejaskan imej orang lain. Lebih parah lagi seandainya maklumat tersebut mampu menghancurkan keharmonian sesebuah negara.

     Walau bagaimanapun, internet juga memudaratkan manusia jika disalahgunakan. Kemudahan ini boleh digunakan untuk menceroboh dan mengganggu seperti `hacking’ yang kini banyak berlaku. Laman-laman web kerajaan mudah diceroboh untuk tujuan mengganggu. Keselamatan negara juga sukar dikawal kerana segalanya dihubungkan melalui rangkaian antarabangsa. Beberapa tahun kebelakangan inn, pusat keselamatan negara Amerika Syarikat, Pentagon diceroboh oleh seorang kanak-kanak berusia dua belas tahun. Ini memudaratkan aspek keselamatan negara dan dunia.

   Selain itu, virus komputer yang menjadi bahan bualan sejak kebelakangan ini juga disebarkan melalui internet. Kini, banyak virus komputer yang dicipta boleh mengakibatkan data-data dalam komputer hilang dan ada juga virus yang mengakibatkan kerosakan komputer. Ini akan mengakibatkan sesebuah syarikat atau agensi kerajaan lumpuh kerana sistem dan data-data mereka terganggu. Aspek kesihatan juga dikaitkan dengan penggunaan internet. Seseorang yang menggunakan komputer akan duduk di hadapan skrin komputer untuk tempoh masa yang lama. Ini akan membawa masalah kesihatan seperti penyakit mata, sakit tulang belakang dan sebagainya. Selain itu, internet menjadikan kita kurang bersabar. Hal ini disebabkan pengguna telah biasa memperoleh maklumat yang diingini dan menyiapkan sesuatu melalui internet dengan pantas. Namun, tatkala maklumat tidak dapat diproseskan dengan cepat, kita akan mudah mengalami kegusaran dan emosi kebosanan yang menggelegak. Lantas, kita akan menjadi insan yang kurang bersabar dalam pergaulan seharian dan tidak digemari orang kerana senantiasa menginginkan kepantasan proses dalam kehidupan.

   Natijahnya,walaupun terdapat kebaikan dan keburukan,internet memang penting kepada kita,lagi-lagi kepada yang bekerja di pejabat. Internet mempunyai banyak kebaikan dan keburukan. Para pengguna perlu memahami kegunaan internet dan memastikan ia digunakan untuk kebaikan sahaja. Kawalan dan pengawasan ibu bapa dan guru adalah penting agar generasi muda memanfaatkan internet demi melahirkan masyarakat berilmu di negara ini. Teknologi moden ini perlu dipelajari oleh setiap murid supaya tugasan yang diberikan dapat diselesaikan denga cepat. Sekiranya internet dapat digunakan dengan sebaik-baiknya, pastilah masyarakat kita dapat berfikir secara saintifik dan berminda kelas pertama seperti mana yang diungkapkan oleh Imam Al-Bukhari "Ilmu itu ibarat benih yang tumbuh mekar jika dibajai dengan baik." Internet ibarat madu, maka janganlah tukarkan menjadi hempedu. Seiring dengan kemajuan teknologi, penggunaan internet semakin luas di kalanagan masyarakat. Pada dasarnya, Islam tidak pernah menghambat kemajuan internet dalam kehidupan sehari-hari karena Islam telah mendorong manusia untuk berteknologi agar kehidupan mereka meningkat. Namun, dengan syarat dalam analisisnya tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Hadist. Pengaruh yang timbul dari perkembangan tersebut ada positif dan negatif. Salah satu cara untuk menanggulangi dampak negatif tersebut yaitu dengan aqidah yang dijadikan dasar, syariah Islam sebagai standarisasi serta peran orang tua dan lingkungan sekitar untuk mengingatkan akan kepentingan menjalankan ibadah shalat. Jadi, dapat disimpulkan dampak dari internet itu tergantung dari diri sendiri sebagai penggunanya. Hati nurani kitalah yang akan memilih hal yang baik dan benar. Selalu ingat pula bahwa Allah Maha Melihat setiap perbuatan kita. Semoga kita semua dapat terhindar dari dampak buruk internet. Amiin.

4.CADANGAN DALAM MENGATASI MASALAH PENGGUNAAN
INTERNET DALAM PENDIDIKAN DARI PERSEPSI ISLAM

    Internet merupakan medium bagi pelbagai lapisan masyarakat mencari matlumat. Oleh itu segelintir masyarakat yang gemar menyalahgunaan internet antaranya melayari laman porno, berjudi dan melakukan jenayah melalui internet. Oleh yang demikian, pelbagai pihak telah cuba untuk mengatasi masalah tersebut serta memberi pelbagai reaksi positif dan cadangan yang bernas untuk membendung masalah penyalahan penggunaan internet. Ramai yang menyumbang idea untuk masalah ini antaranya ibubapa, pihak sekolah dan kerajaan. Dibawah akan menerangkan lebih teperinci cadangan yang dinyatakan.

4.1.Cadangan Dalam Mengatasi Masalah Penggunaan Internet Dalam Pendidikan Bagi Pihak Ibubapa

      Pada era globalisasi kini, penggunaan internet di Malaysia semakin meluas sehingga pelajar-pelajar juga menggunakan internet sebagai sumber rujukan dan media pembelajaran.Internet juga boleh dikatakan sumber rujukan utama dalam mengetahui tentang isu-isu semasa tempatan dan juga luar negara. Internet juga merupakan media hiburan utama bagi remaja-remaja dan juga golongan dewasa. Hal ini telah memberikan pelbagai kesan terhadap masyarakat di Malaysia.Antara kesan buruk penggunaan internet ialah masyarakat akan menumpukan lebih masa dalam menggunakan internet berbanding membaca buku atau surat khabar. Kemudahan internet juga telah disalahgunakan dengan dijadikan media atau sumber untuk melawat ke laman web pornografi.Kemudahan internet juga telah menjadikan kanak-kanak meluangkan masa bermain permainan video di internet sehingga melupakan mereka jarang bersosial bersama rakan-rakan mereka. Oleh itu, pelbagai cadangan telah diberikan dalam mengatasi masalah penggunaan internet terhadap masyarakat Malaysia.

     Antara cadangan bagi mengatasi masalah penggunaan internet ialah ibu bapa haruslah memantau penggunaan internet anak-anak mereka. Memandangkan internet telah menjadi keperluan utama, melarang mereka daripada menggunakan internet amatlah tidak wajar.Namun,langkah-langkah pemantauan amatlah berkesan dalam mengatasi masalah ini.Ibu bapa juga perlu menyediakan jadual waktu anak-anak mereka supaya anak-anak mereka mempunyai waktu yang seimbang untuk melayari internet dan belajar.Ibu bapa juga haruslah mengajar tentang agama kepada anak mereka supaya mereka lebih mendorong kepada mengamalkan ajaran Islam berbanding melayari internet sahaja.Ibu bapa juga perlu mengehadkan laman sesawang yang boleh dilayari oleh anak-anak supaya mereka tidak melayari laman sesawang yang tidak bermoral dan berunsur pornografi.

4.2.Cadangan Dalam Mengatasi Masalah Pengunaan Internet Dalam Pendidikan Bagi Pihak Sekolah

     Bagi pihak sekolah,pemantauan haruslah dilakukan oleh guru-guru yang bertugas, memandangkan proses pembelajaran dan pengajaran sekarang banyak menggunakan internet. Selain itu, nilai-nilai murni juga wajar diterapkan di dalam minda remaja-remaja bagi mengelakkan masalah ini daripada bertambah teruk.Selain itu juga, mengehadkan penggunaan internet juga merupakan salah satu langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini.Pihak sekolah juga perlu mengehadkan masa penggunaan ataupun mengehadkan jenis laman sesawang yang boleh dilawati oleh para pelajar.Pihak sekolah juga perlu mengadakan ceramah motivasi yang berkaitan penyalahgunaan internet.

4.3.Cadangan Dalam Mengatasi Masalah Penggunaan Internet Dalam Pendidikan Bagi Pihak Individu

   Dalam hal ini, setiap individu juga perlu memainkan peranan dalam mengatasi masalah penggunaan internet. Dari segi peranan individu, individu tersendiri perlulah meluangkan masa dengan melakukan perkara berfaedah seperti membaca buku dan mengulang kaji pelajaran.Selain itu, setiap individu juga haruslah menguatkan iman dan taat pada perintah agama agar diri tidak mudah lalai dalam menggunakan kemudahan internet.Setiap individu juga perlu bergaul dengan masyarakat setempat agar tidak selalu menghabiskan masa menggunakan internet yang dapat melalaikan diri sendiri.

4.4.Cadangan Dalam Mengatasi Masalah Penggunaan Internet Dalam Pendidikan Bagi Pihak Kerajaan

    Kerajaan juga perlu memainkan peranan dalam menangani masalah penggunaan internet terhadap masyarakat. Dari segi peranan kerajaan , pihak kerajaan juga perlu menapis laman sesawang di internet bagi mengelakkan masyarakat melayari laman sesawang yang tidak berfaedah dan mempunyai unsur pornografi. Pihak kerajaan juga perlu mengadakan kempen bagi menangani masalah ketagihan internet dalam kalangan masyarakat Malaysia. Disamping itu, pihak kerajaan juga perlu menguatkuasakan undang-undang terhadap penyalahgunaan internet supaya masyarakat dapat menghindari gejala yang tidak berfaedah di internet.Tambahan lagi, setiap individu juga perlu memboikot laman sesawang yang tidak mendatangkan manfaat malah mengundang masalah terhadap diri dan juga negara tercinta. Setiap individu juga perlu mengehadkan masa penggunaan internet seharian supaya lebih fokus dalam melakukan kerja seharian.

   Setiap pihak perlulah memainkan peranan masing-masing dalam menangani masalah penggunaan internet yang berlebihan dan tidak mendatangkan manfaat agar masalah dan kesan negatif daripada internet seperti kelalaian dalam sesuatu perkara dapat dihindari oleh masyarakat Malaysia.

5.KESIMPULAN

      Kesimpulan yang kita perolehi daripada maklumat diatas, kita sebagai umat Islam haruslah bersatu demi agama, bangsa, dan negara. Kita sebagai umat islam haruslah selangkah kehadapan dengan agama lain agar Islam tidak dipandang sinis dimata mereka. Selain itu,kita mestilah manfaatkan teknologi yang ada dengan membuat pekara yang bermanfaat. Ilmu yang bermanfaat dapat membantu kita kelak hari. Serta jika disalah pakai ianya boleh membinasakan badan. Seterusnya, ibu bapa haruslah lebih bijak berbanding anak-anak mereka janganlah jadi seperti katak dibawah tempurung. Seperti, ibu bapa haruslah sentisa pantau penggunaan internet oleh anak-anak mereka agar mereka tidak mudah terjebak dengan masalah sosial. Ibu bapa boleh memberikan anak-anak pendidikan melalui internet, seperti mencari dan menyediakan soalan tahun-tahun lepas ia secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan ilmu pendidikan anak-anak. Dalam hal ini, kerajaan memainkan peranan penting dengan meningkat kawalan keselamatan dan menguatkuasaan undang-undang terhadap jenayah siber serta laman sesawang lucah. Hal ini kerana, dengan laman web tersebut umat Islam akan mudah lalai dan leka serta anak luah nikaha akan seningkat saban tahun. Oleh itu, kita sebagai umat Islam mestilah bersatu dan teguh berdiri meningkatkan ilmu pendidikan kita agar agama Islam tidak mudah di pandang hina, ini kerana ilmu lah yang dapat membezakan kita.

RUJUKAN
3.https://pbmsmkadeputra.blogspot.my/2012/09/kebaikan-dan-keburukan-internet-kepada.html?showComment=1519024031229#c5952895329744842408







Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian anda .. Insyaaah akan saya amalkan .. Lebihkan perkonsian anda ye..

    ReplyDelete
  2. Internet sangat berguna pada masa sekarang. Saya akan menggunanya dengan betul. Terima kasih sebab berkongsi

    ReplyDelete
  3. In Shaa Allah apa yang berguna dapat saya amalkan dan sampaikan terima kasih kerana mengkongsikan idea ini

    ReplyDelete
  4. Penceritaan yang menarik dan tak terlalu padat untuk difahami . Terima kasih :)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. cerita ini menarik jg ye.. terima kasih kerana berkongsi ilmu..Sabda rasulullah "Kongsilah ilmu walaupun hanya sepotong ayat"

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PEMBEDAHAN PLASTIK DALAM PERSEPSI ISLAM

TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN DARI PERSEPSI ISLAM

PENGUNAAN TEKNOLOGI NUKLEAR DARI PERSEPSI ISLAM