MAKANAN RINGAN YANG HALAL DAN HARAM DARI PERSEPSI ISLAM DI MALAYSIA

MAKANAN RINGAN YANG  HALAL DAN  HARAM DARI PERSEPSI ISLAM DI MALAYSIA

Pada era globanisasi ini, banyak berlaku tentang kejadian makanan ringan yang haram dijual di Malaysia tetapi masih berlaku kerana tiada tindakkan yang diambil oleh penguatkuasa. Islam mengharamkan kita untuk makan makanan yang haram, disebabkan itu pengeluaran makanan ringan perlu mendapat perhatian yang tinggi di negara ini. Makanan juga ialah salah satu sumber tenaga kepada manusia untuk melakukan kerja seharian. 


   Pengeluaran makanan ringan yang halal semakin berkembang dari semasa ke semasa kerana negara Malaysia ialah negara islam. Pihak JAKIM perlu menjalankan tugas untuk membuat pemeriksaan terhadap semua kilang yang memproses makanan ringan. Dalam Islam makanan haram dan halal telah ditentukan,telah di ceritakan di dalam Al-Quran tentang makanan halal dan haram. Makanan yang baik akan membuatkan kita lagi mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T . Makanan ringan juga adalah salah satu sumber makanan yang senang untuk didapati kerana banyak yang dijual di kedai yang berhampiran. Selain itu, makanan ringan juga mempunyai khasiat khasiat tertentu, seperti contoh kentang putar yang mempunyai protein yang tersendiri untuk manusia.


                                      Logo halal malaysia yang telah di iktiraf oleh JAKIM

Sebelum membeli sesuatu makanan ringan, kita perlulah melihat logo halal yang betul kerana ramai yang mengendahkan tentang logo halal tersebut. Tetapi itulah makanan yang boleh dimakan oleh orang Islam di Malaysia.


2. INDUSTRI  MAKANAN  RINGAN

Industri makanan ringan yang sangat berleluasa di Malaysia yang menjadi maknana kegemaran setiap individu di negara ini. Hal ini kerana ia mudah didapati di kedai yang berhampiran.

    2.1  Makanan Yang Baik Dan Halal Menurut Islam

Islam mengesa umatnya supaya menjaga pemakanan dengan   memakan makanan bersih dan halal sahaja. Mereka dilarang makan makanan yang kotor dan haram kerana boleh menjejaskan kesihatan.

 Allah S.W.T   berfirman di dalam al-quran yang bermaksud:
“Wahai 0rang-Orang Yang Beriman , Makanlah Dari Benda-Benda Yang Baik (Yang Halal) Yang Telah Kami Berikan Kepada Kamu Dan Bersyukurlah Kepada Allah, Jika Benar-Benar Hanya Kepadanya Kamu Menyembah”
. (Surah al- Baqarah:172)

 Selain itu, tentang pembuatan makanan ringan yang halal haruslah tidak diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut hukum syarak, seperti menggunakan kulit babi untuk mengalas atau membalut sesuatu makanan. Menggunakan alat yang terkena najis di dalam pemprosesan makanan ini juga dilarang untuk kita memakannya. Selain itu sumber-sumber makanan halal harus juga dititikberatkan oleh setiap umat islam

   2.2 Sumber-Sumber Makanan Baik Dan Halal

Sebagai umat islam kita seharusnya mengenali beberapa sumber makanan dan minuman manusia seperti dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan semulajadi, bahan kimia dan sebagainya. Sumber dari haiwan adalah halal dimakan kecuali yang tidak disembelih mengikut syarak, dan haiwan diharamkan dalam islam untuk dimakan iaitu babi, haiwan yang mempunyai taring atau bisa. Sumber dari tumbuhan haruslah tidak mengandungi racun yang bahaya seperti cendawan beracun dan sebagainya. Sumber dari mineral pula tidak  bercampur dengan bahan-bahan najis ataupun bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan. Tidak lupa juga bahan tambahan atau bahan pewarna seperti bahan penstabil dan sebagainya. Jika ia boleh memudaratkan kesihatan kita, perlulah kita hindari dari menggunakannya.


   2.3 Kebaikan Dan Keburukan Makanan  Ringan

Antara kebaikan makan ringan ini juga ia dapat mengawal rasa lapar seseorang, ia berfungsi sebagai makanan sementara untuk mengalas perut sebelum makan makanan yang lebih berat. Cara ini juga berfungi untuk mengurangi rasa lapar dan keinginan kita untuk makan dengan kuantiti yang berlebihan. Selain  itu dari segi sains pula makanan ringan ini ia mengandungi kadar gula yang rendah dan ia akan mempengaruhi kadar peningkatan hormon insulin. Makanan yang kadar gulanya yang rendah juga dapat menstabilkan kadar gula dalam badan. Seterusnya makanan ringan ini juga dapat mengembalikan tenaga dengan begitu cepat dan dapat meningkatkan tahap kecergasan otak . keburukan juga terdapat dalam makanan ringan kerana ia kurang khasiat yang memudaratkan kerana mengandungi karbohidrat jenis biasa, lemak tepu dan garam dengan kadar yang tinggi, disamping rendah ataupun tiada langsung bahan serat, protein, vitamin, dan zat di dalamnya.

Nabi Muhammad  S.A.W bersabda :
“jauhilah sesuatu yang memudaratkan”
(Riwayat Malik, Al-Hakim, Baihagi Dan Ibnu Majah)

Dalam kajian saintis , mereka mendapati makanan ringan mempunyai banyak lemak yang boleh merosakkan daya ingatan manusia. Hal ini kerana otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik sedangkan lebihan lemak mengganggu serapan glukosa tersebut terutama kepada kanak-kanak yang sedang membesar yang boleh merosakkan otak. Antara keburukan yang paling kerap berlaku jika makan makanan ringan ialah masalah obesiti. Makanan ringan mempunyai bahan pengawet , lemak yang merbahaya seterusnya merupakan salah satu punca utama penyakit kronik seperti jantung, buah pinggang dan sebagainya. Akhir sekali, makanan ringan ini sungguh membazirkan kerana tiada faedah dan tiada kebaikan. Gantikan amalan makan makanan ringan dengan memakan jenis-jenis buah ataupun kekacang seterusnya dapat merangsang otak untuk berfungsi dengan lebih baik.                  



3PROSES PEMBUATAN MAKANAN RINGAN

Proses pembuatan makanan ringan memerlukan beberapa aspek yang penting bagi tujuan mengeluarkan produk yang berkualiti dan dijamin halal.
  
    3.1 Kawasan Persekitaran Industri Makanan Ringan Di Malaysia

Amalan Pengilangan Yang Baik(GMP) diwujudkan bagi membantu industri untuk mencapai piawai pengeluaran makanan yang lebih tinggi bagi memenuhi kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna. Perlaksanaan garis panduan ini mewujudkan keseragaman dalam Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) bagi industri makanan.

Untuk mewujudkan kawasan persekitaran yang baik, sebuah industri makanan itu mestilah berada dalam keadaan yang bersih. Pembersihan secara  berterusan mestilah dijalankan sebagai contoh, membuang kotoran dan sampah, membersihkan sisa baki makanan dan melupuskan bahan pencemar yang menjejaskan kesihatan. Sebagai umat Islam, kebersihan itu amat dituntut bagi setiap individu. Jadi, sudah semestinya kawasan industri makanan ringan di Malaysia ini juga perlu dititikberatkan dalam isu kebersihan.

Selain itu, udara yang bersih juga perlu diambil kira supaya para pekerja dapat menghasilkan dan memproses makanan ringan yang elok dan halal. Jika kesihatan mereka terjejas, maka proses dalam pembuatan makanan ringan juga sama terjejas.

   3.2 Peralatan Yang Digunakan  Dalam Industri Pembuatan Makanan Ringan
         Di      Malaysia

Peralatan dan perkakasan yang digunakan semasa pemprosesan perlu mempunyai reka bentuk yang sesuai. Bagi peralatan dan perkakasan yang bersentuhan dengan makanan, agen pembersihan dan sanitasi perlu daripada  bahan yang tidak mudah menghakis serta mudah dibersih dan disanitasi.

Semua peralatan perlu diletakkan di mana ia mudah digunakan bagi tujuan penyelenggaraan dan pembersihan peralatan. Para pekerja haruslah membasuh peralatan yang digunakan secara berjadual. Jika tidak, kuman pada peralatan akan menyebabkan makanan rosak.



4.  LANGKAH-LANGKAH MENGELAKKAN INDUSTRI MAKANAN     
     RINGAN   DARIPADA  BERLELUASA

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan industri makanan ringan semakin diharamkan di Malaysia, kerana terdapat banyak bahan yang mengandungi bahan kimia yang merbahaya dan menjejaskan kesihatan.
    
    4.1  . Pihak Berkuasa Membuat Pemeriksaan Keatas Kilang Makanan Ringan                            Yang   Dikhuatiri Memudaratkan Kesihatan.


Pihak berkuasa seperti kementerian kesihatan, jabatan kemajuan islam Malaysia (JAKIM) haruslah menitik beratkan pemeriksaan keatas kilang makanan ringan di Malaysia hal ini adalah untuk menghindarkan pengguna daripada memudaratkan kesihatan mereka. Kerana sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada merawat. Apabila hal ini di abai secara tidak langsung penjualan makanan yang memudaratkan kesihatan ini terus menular di kalangan rakyat dan boleh membinasakan sekalian ummat dan Negara kita akan di pandang rendah kerana tidak menekakan konsep ketulenan makanan.



         4.1  Mengurangkan Had Pembuatan Dan Pengeluaran Makanan Ringan Oleh   
               Kilang

 Pihak-pihak berkuasa juga mestilah memainkan peranan yang penting dalam mengehadkan pembuatan dan pengeluaran makanan ringan oleh kilang. Hal ini kerana apabila kilang-kilang di Malaysia tidak mengehadkan pengeluaran pengeluaran makanan ringan ianya juga membolehkan rakyat Malaysia secara khususnya akan menjadi pemalas kerana kerap menggambil makanan ringgan. Ahli sains telah membuat   penyelidikan tentang masalah obesiti dan mengatakan bahawa penduduk asia yang banyak mengalami masalah ini dan semua berpunca daripada makanan ringgan.Tambahan pula, apabila seseorang itu kerap mengambil makanan ringan ianya juga boleh menjadikan seseorang itu pemalas kerana dek kerana sifat malas banyak ummat islam lalai dan susah untuk melakukan ibadat kepadanya.

  4.3. Peranan Jakim Dalam Mengeluarkan Logo Halal Kepada Industri Makan        
        Ringan

Pekembangan pesat industri halal Malaysia yang telah Berjaya menembusi pasaraan global terutamanya dalam sector mknan halal telah melonjakkan nama Malaysia yg menjadikannya antara Negara yg dihormati dan dipandang tinggi. Pensijilan halal Malaysia yang diakui sebagai antara yang terbaik di arena antarabangsa adalah pemacu utama kejayaan dan perkembangfan pesat industry halal Malaysia . yusuf qaradhawi (1994) mengatakan bahawa halal merujuk kepada sesuatu yang di bolehkan, yang tiada ikatan larangan padanya dan diharuskan dari sudut syarak untuk melakukannya . Sejarah perkembangan industri halal di Malaysia ini bermula dengan kesedaran masyarakat muslim akan keperluan satu sistem pemantauan perusahaan makanan di halal di Malaysia. Pada 1 januari 1997 BAHEIS dinaik taraf menjadi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pada september 1998 kerajaan Malaysia menggambil keputusan untuk menswastakan tugas pemeriksaan premis bagi tujuan halal kepada semua industri . Terdapat beberapa egensi kerajaan yang terlibat secara langsung dan tidak lansung dalam pengurusan industri halal di Malaysia. Peranan utama jakim ialah untuk menguruskan semua aktiviti berkaitan pengesahan halal produk makanan dan barang pengunaan islam . Selain itu pihak jakim juga menggambil langkah untuk meninggkatkan pengetahuan kesedaran orng ramai berkaitan isu-isu tentang status halal sesuatu produk . Antara usaha yang dijalankan ialah menyediaakan laman sesawang yg mesra pelanggan dan sentiasa dikemaskinikan. Pihak jakim juga menggambil pendekatan terbuka dengan mengalu-alukan pertanyaan dan pandangan orang ramai yang boleh menghubungi pihak jakim melalui telefon, email dan lain-lain. Secara keseluruhannya peranan yang dapat dimainkan oleh badan-badan kerajaan seperti jakim , contohnya dari segi pengurusan. Secara langsungnya, badan yang banyak bertanggungjawab dalam pengurusan industri  halal adalah jakim dan htc . Bahagian HAB HALAL JAKIM dipertanggungjawabkan untuk mnyelia dan memantau aspek pensijilan halal seterusnya dari segi penyelidikan pula menyedari bahawa penyelidikan adalah sesuatu yang penting untuk perkembangan industri halal, kedua-dua jakim dan htc banyak berkerjasama untuk menjayakan pelbagai jenis kajian penyelidikan yang berkaitan dengan industri halal. Oleh itu setiap agensi kerajaan yang terlibat ada peranan penting yang perlu di jalankan. Perkembangan industri halal Malaysia adalah hasil daripada usaha dan kerjasama semua pihak yang terlibat. 











Kesimpulan


Konklusinya, jelaslah bahawa terdapat pelbagai kaedah bagi menangani isu ini daripada terus terbiar tanpa ada penyelesaiannya. Dengan demikian, individu itu sendiri perlulah pandai mengawal diri daripada keinginan untuk makan makanan segera yang menjadikan kegemaran rakyat Malaysia kerana keburukannya lebih terjelas daripada kebaikkan. Sekiranya semua pihak bergerak dengan lebih bertanggungjawab sudah pasti isu pengambilan makanan segera yang bersangkut paut dengan gaya hidup sihat masyarakat Malaysia masa kini akan dapat diatasi dengan lebih mudah.berikut merupakan analisis Makanan Yang Halal Dan Haram Di Malaysia:




                                                                         Jadual 1

Mengikut jadual 1 di atas, makanan ringan yang halal di Malaysia sangatlah banyak. Ini kerana Malaysia adalah negara Islam yang ramai penduduknya. Oleh demikian, perindustrian makanan ringan perlu di titik beratkan dari semasa ke semasa. 96% ialah makanan ringan yang halal dan berkhasiat untuk semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan agama.

RUJUKAN
1.      Panduan Makanan Yang Halal, sumber di Pusat Sumber Politeknik Mersing
2.      https://userscontent2.emaze.com, sumber di Internet
3.      https://berkilaulah.wordpress.com/2014/02/05/520/ , sumber di internet

Comments

  1. Terima Kasih Sebab berkongsi maklumat yang penting.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih beri maklumat.... Iyanya sangat berguna..

    ReplyDelete
  3. Ilmu sangat bermanfaat dan boleh diguna pakai Terima kasih kerana share benda baik macam ini.

    ReplyDelete
  4. terima kasih. ilmu yang sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  5. Keterangan yang sangat jelas dan mudah difahami . Terima kasih

    ReplyDelete
  6. Maklumat yg padat dan mudah difahami

    ReplyDelete
  7. mashaAllah.. ilmu yg sgt bagus utk dikongsi! thank you admim.. semoga mnjadi tauladan utk semua org

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas perkongsian yang bermanfaar ini admin :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PEMBEDAHAN PLASTIK DALAM PERSEPSI ISLAM

TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN DARI PERSEPSI ISLAM

PENGUNAAN TEKNOLOGI NUKLEAR DARI PERSEPSI ISLAM