PEMBEDAHAN PLASTIK DALAM PERSEPSI ISLAM
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
1.PENDAHULUAN
Dunia hari ini telah berkembang pesat dengan
seribu satu kemodenan dan kecanggihan sehinggakan hampir segala kehendak dan
keinginan manusia di dunia ini dapat dipenuhi. Sebagaimana yang telah dimaklumi
setiap sesuatu itu pasti mempunyai dua sisinya, positif dan negatif, kebaikan
dan keburukan, manfaat dan mudarat, kelebihan dan kekurangan serta hitam dan
putihnya. Kita dapat melihat terutamanya dunia perubatan telah mencapai kepada
satu tahap yang tidak terjangkau oleh akal manusia pada kira-kira 50 tahun
dahulu. Kemajuan dunia perubatan hari ini telah banyak memberi manfaat kepada
kehidupan manusia sejagat. Banyak penemuan baru telah dicapai di dalam kaedah
rawatan melalui pelbagai cara dan peralatan yang canggih. Ia dianggap sebagai
satu pencapaian yang gemilang dan bukti kebijaksanaan manusia.
Kemajuan dan pencapaian ini merupakan satu cabaran
kepada perundangan Islam. Para ulama’ harus melihat fenomena ini dengan penuh
kepekaan dan rasa tanggungjawab. Alhamdulillah setakat ini ramai yang telah
tampil dan membuat kajian dan rujukan untuk menjawab pelbagai persoalan yang
dikemukan oleh masyarakat berkenaan hukum dan pekara-perkara yang berkaitan
dengannya.
Sejak akhir-akhir ini, banyak masalah moden
yang timbul dalam lapangan perubatan yang memerlukan pendapat dari segi fiqh
untuk menjelaskan kedudukannya, seperti pembedahan kecantikan atau pembedahan
kosmetik. Mengikut tajuk kertas ini, kami akan membawa dan memilih beberapa
perbincangan sebagai garis panduan kepada beberapa isu- isu perubatan moden
masa kini dengan pengkhususan tentang pembedahan.
![]() |
Gambar rajah diatas menunjukkan seorang wanita disuntik bagi tujuan pembedahan |
2.PEMBEDAHAN PLASTIK DI MALAYSIA
Terdapat maksud
pembedahan plastik dan hukum berserta syarat melakukan pembedahan plastik di Malaysia yang
wajib kita pelajari/ketahui.
2.1 Maksud pembedahan plastik
Apakah yang dimaksudkan dengan pembedahan
plastik? Pembedahan plastik berasal dari bahasa Yunani , iaitu “plastikos” yang
bermaksud “membentuk” atau memberi bentuk. Benarkah ia adalah suatu perbuatan
yang haram disisi Syarak? Pembedahan plastik ini telah melalui satu peringkat
perkembangan yang amat menakjubkan. Perkembangan di dalam bidang perubatan ini
juga membawa kepada keinginan manusia itu sendiri untuk melakukan pembedahan
plastik yang lain seperti mengecilkan lubang hidung, dagu, mencantikkan telinga,
membesarkan atau mengecilkan bibir dan lain-lain lagi.
2.3 Hukum-hukum melakukan pembedahan plastik
Hukum melakukan pembedahan
plastik terbahagi kepada 3 ;
- Wajib – Untuk menutup luka, membaiki bekas luka parah atau tampal kesan kulit terbakar pada wajah dan bahagian anggota yang boleh dilihat.
- Harus – Menyempurna atau mengembalikan fungsi tubuh sebagaimana yang sepatutnya dan membaik pulih kecacatan anggota.
- Haram – Mengubah ciptaan Allah dengan sengaja. Contohnya, lelaki melakukan pembedahan plastik untuk menjadi seperti perempuan.
2.4 Syarat pembedahan yang dibolehkan dalam persepsi Islam
- Pembedahan yang diperlukan oleh si pesakit.
- Si pesakit atau penjaganya memberi keizinan untuk melakukan pembedahan tersebut.Orang yang merawat mempunyai kelayakan untuk melakukan pembedahan yang dijalankannya.
- Orang yang merawat berkeyakinan atau mempunyai sangkaan yang kuat mampu mencapai matlamat pembedahan yang dilakukannya.
- Tidak terdapat alternatif lain yang kurang risiko dari pembedahan yang dilakukan itu.
![]() |
Contoh gambar sebelum dan selepas pembedahan plastik Contoh gambar sebelum dan selepas pembedahan plastik |
3.JENIS-JENIS PEMBEDAHAN PLASTIK
Pembedahan plastik merupakan pembedahan dengan tujuan
untuk perubatan dan pemulihan yang dibenarkan.Contoh,pembedahan untuk mulut
yang sumbing atau pembedahan untuk menampal kulit yang melecur.Pemakaian gigi
palsu dan sebagainya dibenarkan untuk tujuan menutup kecacatan.Pembedahan ini
juga bertujuan yang kecantikan seperti memancungkan hidung,membesarkan mata dan
sebagainya.
3.1 Rekonstruksi
- Kecacatan sejak dari lahir seperti sumbing bibir dan langitan, hipospadi (alat kelamin melengkung),
- hemangioma (kelainan pembuluh darah pada kulit).
- Kecacatan akibat kemalangan atau kecederaan yang teruk seperti kulit terbakar, patah dan retak tulang.
- Kecacatan disebabkan infeksi ataupun penyakit yang menyebabkan pesakit mengalami penderitaan yang teruk.
- Pembedahan Kraniofasial dan pembedahan maksilofasial, bagi menangani kelainan bentuk kepala dan muka (patah tulang muka akibat kecelakaan) daripada yang normal.
- Pembedahan mikro (seperti traumatik amputasi jari yang memerlukan penyambungan pembuluh darah).
- Transeksual
3.2 Pembedahan plastik kosmetik
- Facelift : Facelift adalah prosedur untuk menegangkan kulit. Selain itu, Facelift juga dapat menghilangkan kedutan pada wajah.
- Rhinoplasty : Rhinoplasty adalah operasi untuk memperbaiki hidung sesuai dengan keinginan individu. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperbaiki penampilan. Rhinoplasty dapat membantu pernafasan yang tersumbat.
- Liposuction : Suatu cara bagi menghilangkan lemak tubuh dengan cara membuat lubang kecil pada kulit dan mengeluarkan lemak tersebut dengan tenaga vakum. Hasil yang diperoleh ialah perut akan menjadi lebih ramping dan langsing.
3.3 Kesan keburukan pembedahan plastik
- Kecacatan pada bahagian yang dibedah.
- Kesan sampingan jangka panjang.
- Maut.
- Menipu rupa asal sebenar yang dijadikan Allah SWT.
- Membazir.
3.4 Kesan kebaikan pembedahan plastik
- Mengembalikan semula fungsi anggota badan.
- Membina semula anggota yang cacat.
- Memberi kesempurnaan fizikal mangsa.
- Menghilangkan keaiban.
- Memberi keyakinan diri kepada mangsa.
- Membantu mangsa ke arah hidup yang lebih sempurna.
![]() |
Proses pembedahan plastik |
4. Tujuan melakukan pembedahan
plastik
Memperbaiki kecacatan semulajadi atau
kemalangan yang memberi kesan pada tubuh manusia yang menyebabkan hilangnya
nilai atau kepentingannya pada watak peribadi dan dalam masyarakat. Tujuan
dibenarkan ialah jika tidak dilakukan akan mendatangkan mudarat kesihatan
kepada individu, mengembalikan kecacatan kepada bentuk kejadian manusia normal.
Selain itu, tujuan yang tidak dibenarkan untuk kelihatan lebih cantik,
pembedahan mendatangkan lebih bahaya dan memudaratkan. Setereusnya, memiliki
keperluan tidak bercanggah syariat untuk melakukan pembedahan untuk tujuan
kesihatan semata-mata dan tiada niat lain mesti diakui doktor islam dan pakar
dalam bidang itu, doktor yang yakin pembedahan boleh berjaya dilakukan tanpa
risiko bahaya dan mudarat mendapat persetujuan pesakit dan wali.
![]() |
Contoh proses pembedahan hidung |
5. KESIMPULAN
Hasil perbincangan dalam masalah ini
dapatlah disimpulkan bahawa pembedahan plastik yang bertujuan bagi pemulihan
semula adalah diharuskan, manakala pembedahan plastik yang bertujuan
semata-mata untuk mengubah kejadian asal bagi tujuan kecantikan adalah haram
dan hukumnya berdosa. Jadi isu ini sebenarnya tidak memerlukan kepada kajian
yang mendalam dari segi Fiqh untuk menyelesaikan masalah ini. Yang penting
adalah dapat membezakan tujuan dilakukan pembedahan ini sama ada tujuannya
untuk sia-sia atau kesejahteraan ataupun suatu perkara keperluan atau
kemudaratan.Islam adalah satu agama yang tidak ketinggalan dalam menangani isu-isu semasa. Walaupun tidak menyatakan secara spesifik, al-Quran tetap menyediakan ayat-ayat yang bersifat global yang hanya menunggu sedikit usaha daripada kalangan cendiakawan Islam merumuskan hukum kontemporari daripada ayat-ayatnya.
Content yang sangat menarik dan mudah difahami 👍
ReplyDeleteTerbaik . bahasa yang jelas dan difahami
ReplyDeleteTerima kasih bagi info... Sangat berguna
ReplyDeleteterima kasih beri pengetahuan yang berguna
ReplyDeleteMaklumat yg padat dan mudah difahami
ReplyDeletealhamdullillah, konten yg sgt padat dan bagus
ReplyDeleteoooo begitu. thanks min
ReplyDeletethanks! btw love the song ehek
ReplyDelete