PENGGUNAAN BOTOX(BOTULINUM TOXIN TYPE A) DARI PERSEPSI ISLAM

PENGGUNAAN BOTOX(BOTULINUM TOXIN TYPE A) DARI PERSEPSI ISLAM



    1. PENDAHULUAN :

Pada masa kini , kebanyakan kaum wanita berkeinginan kecantikan yang abadi. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan kecantikan. Hal ini kerana , merupakan salah satu fitrah wanita sejak dari dahulu lagi. Pada zaman sekarang, terdapat banyak cara untuk mendapatkan kecantikan. Antaranya ialah dengan melakukan pembedahan plastik , menggunakan produk kecantikan, suntikan Botox, susuk dan lain-lain lagi. Hari ini kami ingin kongsikan tentang Botox dari persepsi Islam. Penyuntikan Botox adalah sejenis terapi menyuntikan Botulinum toxin (anabotulinum toxin A) berasal dari bakteria Clostridium botulinum yang ditemukan lebih dari satu abad yang lalu.

Serum botox telah digunakan di dunia medis pada akhir 1960 ketika seorang  doktor pakar mata Alan Scott dan Edward Schants di San Francisco memberikan terapi untuk penyakit lazy eye(strabismus) atau juling. Hal ini digunakan kerana untuk mengatasi kelumpuhan otot kelopak mata dan kekakuan otot leher. Botox dicipta oleh Van Emengen pada tahun 1897. Pada tahun1994, Botox  digunakan untuk mendapatkan kecantikan. Oleh itu, marilah kita mengetahui dengan lebih lanjut tentang Botox dari persepsi Islam.



2. SEBAB PENGHARAMAN BOTOX DAN FATWA BOTOX

Jika dilihat sebab utama Botox haram pada pandangan Syariah Islam ialah unsur najis dan kotoran didalamnya serta pengubahan ciptaan Allah S.W.T  bagi tujuan menambah kecantikan .

2.1 Sebab Haramnya Botox kepada Umat Islam Terutamanya kepada Wanita

Di akhir-akhir ini kita sering kali mendengar ada dari kalangan wanita Islam yang menggunakan suntikan Botox pada muka mereka dengan tujuan kecantikan dan perhiasan malah bukannya tujuan perubatan. Suntikan Botox ini adalah haram, kerana mengandungi bahan najis dan kotoran. Kajian mendapati Botox atau Botulinum Type A antara lain mengandungi bahan daripada babi, selain wujudnya bahan tiruan yng boleh mendatangkan mudarat.


Ertinya:Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan anda kepada sesuatu yang diharamkan k etas anda”1624

Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan menerusi Yahya al-Mazini daripada bapanya, menyebut:

Ertinya:“Tidak ada mudarat dan tidak boleh memudaratkan orang lain.”1625


2.2   Fatwa tentang Botox

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali Ke-74 yang bersidang pada 25-27 Julai 2006 bersetuju memutuskan supaya negeri-negeri mewartakan fatwa pengharaman suntikan Botulinum Toxin Type A dan Sighah fatwa adalah seperti berikut;

i. Setelah meneliti laporan kajian dari dalam dan luar negara
serta hujah-hujah yang jelas dalam pengeluaran fatwa oleh beberapa negara Islam lain, Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan seperti najis dan ia diharamkan kerana antara bahan-bahan yang digunakan ialah khinzir.

ii. Suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox ini juga didapati boleh memberi mudarat kepada pengguna bagi jangka masa yang singkat ataupun jangka masa yang panjang dan boleh dimanipulasikan untuk tujuan penipuan.Syariat mengharamkan perubahan yang memiliki unsur-unsur penipuan,sama ada menerusi pembedahan plastik atau penggunaan produk kosmetik botox yang menukarkan wajah yang tua kepada muda.

iii. Berdasarkan kepada penemuan-penemuan seperti yang dinyatakan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox adalah haram digunakan.

iv. Walaubagaimanapun untuk tujuan perubatan, suntikan Botulinum Toxin Type A ini adalah dibenarkan dengan syarat penggunaannya dalam keadaan darurat dan mengikut keperluan serta dilakukan oleh pakar yang bertauliah.


3.  KESAN PENGGUNAAN BOTOX KEPADA MANUSIA
Penggunaan Botox boleh mendatangkan kesan kepada manusia. Kesan tersebut terbahagi kepada dua iaitu kesan baik dan buruk.


3.1  Kesan Baik Botox


Walaupun Botox membahayakan namun, Botox juga memiliki kebaikannya tersendiri. Antaranya ialah boleh merawat wajah yang berparut. Sebagai contoh, situasinya seperti sekiranya seseorang mengalami kemalangan atau kecederaan dibahagian muka. Dalampersepsi Islam, Botox juga boleh digunakan  tujuan perubatan berubah hukumnya menjadi JA’IZ (harus) atas sebab tertentu seperti dalam keadaan darurat. Apabila tidak ada ubat lain yang berkesan dan penggunaan Botox sebagai jalan terakhir dan keselamatan terjamin.


Selain itu, tidak mempunyai alternative selain daripada Botox. Penggunaan Botox mestilah disahkan oleh doktor yang beragama Islam yang boleh dipercayai. Selain itu, dapat mencantikan wajah si isteri sekiranya dia berniat untuk cntik demi suaminya. Tetapi kebanyakan wanita masa kini ingin mencantikkan muka demi kepentingan sendiri tanpa niat tertentu, maka haramlah hokum bagi penggunaannya. Kesan baik Botox tidak banyak kerana ia banyak memudaratkan manusia.


3.2 Kesan Buruk Botox

Di dalam konteks ini,terdapat banyak keburukan atau kesan buruk Botox kepada manusia. Antara keburukan Botox kepada manusia ialah mendapat banyak penyakit yang dihidapi seperti pening kepala,saraf rosak dan sebagainya. Selain itu, keburukan Botox pada persepsi Islam ialah hukumnya haram kepada manusia kerana mengubah ciptaan Allah SWT. dan akan dimurkai oleh-Nya. Seterusnya, keburukan Botox juga boleh menyebabkan penyakit kanser kulit dan akan menderita seumur hidup. Selain itu, Botox juga boleh mendatangkan fitnah.

Di samping itu, Botox boleh menyebabkan hidup seseorang itu tidak tenang kerana tidak mendapat keredhaan dari Allah SWT Keburukan Botox seterusnya ialah rawatan Botox ini juga mempunyai banyak bahan kimia yang terlarang dan menyebabkan kerosakan kulit yang terjadi apabila rawatan tidak berjaya dilaksanakan. Botox ini boleh dilaksanakan jika berada dalam keadaan darurat untuk memulihkan dan menjamin keselamatan diri tetapi untuk kecantikan diri sendiri dilarang sama sekali. Jelaslah disini bahawa banyak keburukan kepada diri kita jika kita meneliti dengan baik tentang perkara ini.


4. CADANGAN SELAIN MENGGUNAKAN RAWATAN
BOTOX
Untuk mendapatkan kecantikan yang menyerlah, kita tidak semestinya menggunakan Botox. Terdapat cara atau kaedah lain yang boleh digunakan untuk nampak menawan. Antaranya ialah menggunakan produk kecantikan dan sumber dari buah-buahan atau sayur-sayuran.

4.1 Menggunakan Produk Kecantikan

Pada era globlisasi ini, ramai remaja sekarang membuat rawatan botox untuk kecantikan dan untuk menegangkan kulit wajah mereka. Justeru, banyak kaedah lain selain menggunakan Botox. Sebagai contoh, vitamin atau collagen. Produk yang dinyatakan, perlu dititikberatkan. Sebagai contoh, menggunakan produk kecantikan yang dihalalkan oleh jakim dan diluluskan oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Produk yang boleh digunakan ialah produk kecantikan seperti Nuraisah, Qu`puteh, AuraMen, dan sebagainya. Sebagai contoh, AuraMen Hydra dapat membantu menghilangkan jerawat & kesan jerawat degil yang mengganggu muka anda melalui fungsi pencuci muka  khas yang bertindak membersihkan & melembapkan kulit muka & juga Acno Skin yang mematikan & menghilangkan kesan jerawat yang ketara di muka.

 Produk kecantikan juga dapat mengurangkan masalah kulit berminyak dan dapat mencerahkan kulit. Justeru, banyak memberi impak kepada remaja yang menggunakan rawatan botox kerana dapat juga mengurangkan dan dapat menghindari rawatan tersebut. Selain itu, kos produk kecantikan dan collagen murah dan mudah untuk didapati dan tidak membazir beribu-ribu wang untuk kos rawatan botox sahaja.




4.2 Menggunakan Sumber dari Buah-buahan atau Sayur-sayuran

Setelah dibandingkan dengan cadangan selain menggunakan Botox seperti collagen dan produk kecantikan, dengan menggunakan sumber dari buah-buahan dan sayur-sayuran juga boleh diguna pakai. Sebagai contoh, buah-buahan, rempah juga boleh membantu kita untuk kecantikan kulit secara semula jadi. Bukan saja selamat dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia beracun atau suntikan botox yang beracun, ia juga tidak menelan belanja yang besar dan boleh dihasilkan di rumah dan dimana-mana sahaja. Pada masa yang sama, proses merawat kulit boleh dilakukan sendiri di rumah dalam keadaan selesa dan tanpa perlu mengejar masa berkunjung  ke spa atau mana-mana butik kecantikan yang menggunakan perkhidmatan suntikan vitamin atau suntikan Botox, yang sudah pasti akan menelan belanja ratusan ringgit.

 Antara bahan makanan yang mempunyai manfaat besar  kepada kesihatan dan kecantikan kulit ialah tomato. Bukan saja sedap dan menjadi antara bahan penting masakan, tomato boleh memberi zat  secukupnya kepada kulit. Nutrisinya dan kandungan air yang tinggi bagi melembapkan kulit dan sarat dengan mineral, kalsium, vitamin A, vitamin C, flavonoid, vitamin B kompleks, tiamin, float dan niacin. Kandungan antioksidan seperti lycopene dan zea-xanthin. Dalam tomato juga, mampu melawan kesan kerosakan sel kulit oleh radikal bebas. Dengan buah-buahan atau sayur-sayuran seperti tomato banyak memberi kesan kebaikan untuk mengurangkan rawatan suntikan  Botox yang semakin ramai berkeinginan membuat rawatan itu.


5. KESIMPULAN

Kesimpulanya, Botox boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Ini kerana Botox mengandungi DNA khinzir dan racun toxin yang boleh menyebabkan kanser. Botox juga boleh mendatangkan fitnah. Mengikut pandangan ulama’, hukum penggunaan Botox adalah haram kerana mendatangkan kemudaratan. Di dalam Islam tidak boleh berubat dengan benda-benda yang haram,jika tidak melibatkan keadaan darurah.Sabda Rasulullah s.a.w di dalam hadis yang diriwayatkan menerusi ibn mas`ud r.a:

Ertinya:“Sesunguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan anda kepada sesuatu yang diharamkan ke atas anda1624

Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan menerusi Yahya al-Mazini daripada bapanya, menyebut:

Ertinya:“Tidak ada mudarat dan tidak boleh memudaratkan orang lain.”1625

Tetapi boleh dikecualikan oleh kerana sebab-sebab yang dibenarkan sahaja. Kita boleh menggunakan kaedah lain untuk mendapatkan kecantikan. Antara kaedah terbaik ialah menggunakan dari sumber dari tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Ini kerana sumber tersebut mengandungi banyak vitamin. Oleh itu, kita janganlah melakukan sesuatu perubatan kecantikan tanpa memeriksa dahulu isi kandungannya.


TERIMA KASIH





LAMPIRAN
















RUJUKAN

2.www.indramuhtadi.com/blog-articles-2014/topik-ke-172-       botox-injection
3. Merujuk kepada buku ISU-ISU FIQH HALAL & HARAM SEMASA jilid 1 muka surat 670:
4. buku : Fatwa perubatan mengikut islam





KUMPULAN PENULIS DAN PENYELIDIK PELAJAR POLITEKNIK :



JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK POLITEKNIK MERSING


1.MUHAMMAD AKID'IZZUDDIN BIN JAMARI



Emel:akidjamari@gmail.com



2.MUHAMMAD ZARIF BIN ZAMRI


Emel : aimunizarif31714@gmail.com



3.MUHAMMAD FAKRUL AMIN BIN MOHD AZMI


Emel:muhdfakrulamin@gmail.com



4.AHMAD SYAHIR ZIKRY BIN ANUAR



Emel:syahirzickry@gmail.com

Comments

  1. Terima kasih berkongsi. Ini penting untuk kaum wanita diluar sana. Sangat membantu

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas penerangan diatas . Ianya mudah difahami

    ReplyDelete
  3. Maklumat yg padat dan mudah difahami

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Thanks for taking the time to discuss this, I feel strongly about it and love learning more on this topic. If possible, as you gain expertise, would you mind updating your blog with extra information? It is extremely helpful for me. vaniqa cream

    ReplyDelete
  6. Reading this blog feels like getting a 'Botox injection' for our funny bone! Who knew Botulinum Toxin Type A could be so trendy in Islamic circles? Forget laughter lines, this blog smooths out our cultural wrinkles with a dose of humor and hijinks! American Laser Med Spa Amarillo

    ReplyDelete
  7. Reading this blog feels like trying to understand quantum physics while juggling spaghetti – perplexing, with a dash of 'What on earth did I just read? American Laser Med Spa - Corpus Christi

    ReplyDelete
  8. This blog provides a thought-provoking exploration of the Islamic perspective on Botox usage, shedding light on ethical considerations within medical practices. It navigates the intersection of religion and modern treatments succinctly, fostering crucial discussions. American Laser Med Spa lubbock

    ReplyDelete
  9. This blog delves into the Islamic perspective on Botox usage, offering valuable insights on a contemporary issue within a religious context. American Laser Med Spa - El Paso

    ReplyDelete
  10. The use of Botox in Islam is viewed positively if for legitimate medical purposes. It's important to consider intention and consequences in accordance with religious teachings.American Laser Med Spa - Corpus Christi.

    ReplyDelete
  11. The use of Botox in Islam is often debated. While some view it as unnatural body alteration, others deem it permissible for essential medical purposes.American Laser Med Spa Amarillo.

    ReplyDelete
  12. The use of Botox in Islam depends on the intention and purpose. It's generally allowed for medical reasons, but there's debate over its use for cosmetic purposes.American Laser Med Spa-Corpus Christi.

    ReplyDelete
  13. The use of Botox from an Islamic perspective is intriguing to explore. How does it align with religious values and medical ethics? An interesting topic for further study. American Laser Med Spa El Paso.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PEMBEDAHAN PLASTIK DALAM PERSEPSI ISLAM

TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN DARI PERSEPSI ISLAM