SMARTPHONE DAN APLIKASINYA DARI PERSEPSI ISLAM




1. PENDAHULUAN

              Pada era ini, perkembangan teknologi informasi berkembang dengan pesat seiring dengan penemuan dan pengembangan ilmu pengetahuan dalam bidang informasi dan komunikasi sehingga mampu menciptakan alat-alat yang mendukung perkembangan tersebut. Salah satu kemajuan teknologi yang berkembang sangat pesat iaitu smartphone. Smartphone digunakan sebagai alat komunikasi tetapi pada era kini, dengan kecanggihan teknologi, fungsi smartphone kini dapat juga mengakses internit, sms, berfoto dan lain-lain.
               Di dalam smartphone juga ada terdapat pelbagai aplikasi, seperti aplikasi sosial, aplikasi permainan, aplikasi mengenai islamik dan lain-lain. Pengguna juga boleh melanggan aplikasi tersebut dan menggunakannya. Antara kandungan aplikasi Islam ialah alat bantu mengajar berteknologi tinggi . Sebagai contoh, aplikasi yang mengandugi ceramah dan ilmu-ilmu Islam.
              Teknologi ini mempunyai kebaikan dan keburukan. Antara kebaikannya adalah mempermudah komunikasi, menambah pengetahuan tentang perkembangan teknologi dan merapatkan silaturahim.Antara keburukannya adalah dapat menciptakan lingkungan pergaulan sosisal yang tidak sihatdan juga dapat terjadinya tindak kejahatan.
              Peranan Islam dalam perkembangan teknologi pada dasarnya adalah untuk menjadikan aqidah Islam sebagai paradigma ilmu pengetahuan. Bukan bererti aqidah Islam sebagai sumber segala ilmu pengetahuan, melainkan menjadi standar bagi segala ilmu pengetahuan. Pada dasarnya kita hidup di dunia  ini tidak lain untuk beribadah kepada Allah SWT.




2. SMART PHONE DAN APLIKASINYA BERKAITAN ISLAM

        
         Umumnya, kita sedia maklum media sosial sangat berpengaruh. Melaluinya banyak manfaat yang boleh disumbangkan kepada Islam. Meskipun media sosial ini dianggap khazanah yang menyajikan beraneka jenis maklumat yang perlu diproses dan ditapis dahulu. Sebarang maklumat yang menyeleweng serta bahan-bahan paparan yang memberi kesan negatif kepada fikiran perlu dihindarkan. Ini kerana ada maklumat palsu yang dikongsi di media sosial tanpa kesahihan.        


2.1 Memanfaatkan Media Sosial Dalam Mekanisme Islam


       Perkembangan teknologi maklumat sememangnya menjadi rahmat kepada umat Islam keseluruhannya. Perkembangan ini amat menuntut umat Islam agar bergerak lebih pantas seiring dengan perkembangan semasa, pantas merebut peluang dan perlu bijak menilai dan membuat pilihan terutama menerusi media sosial.
      
       Sehubungan itu juga kita dapati ledakan maklumat yang dibawa oleh perkembangan teknologi maklumat ini turut membawa perubahan kepada kaedah untun mendapat pelbagai maklumat. Perubahan yang berlaku kini amat hebat dan pantas. Sebarang kelekaan dan kealpaan boleh menyebabkan individu itu terpinggir, tertinggal atau barangkali tercicir dari arus perdana.

       Oleh itu, dalam menangani masalah ini, ilmu pengetahuan yang dimiliki terutamanya ilmu agama memainkan peranan penting yang boleh bertindak selaku sistem penapis dalam membentuk minda yang sihat dan sejahtera.

       Justeru, setiap anggota masyarakat perlu memainkan peranan dalam menguasai kemahiran dalam media sosial, bukan sekadar menjadi pengguna biasa bahkan mampu untuk berjihad membangunkan sistem maklumat atau perisian tersendiri berasaskan panduan dan acuan Islam.


2.2 Adab Penggunaan Aplikasi Mengikut Cara Islam



Tidak ada satu agama di dunia ini yang memerhatikan umatnya dalam masalah adab terhadap hal-hal sekecil pun, kecuali agama Islam.


3. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SMARTPHONE
 Penggunaan smartphone atau telefon pintar boleh mendatangkan kesan kepada manusia. Kesan tersebut terbahagi kepada dua iaitu kesan baik dan buruk.

3.1 Kebaikan


a. Aplikasi yang menarik

Smartphone mengandungi banyak aplikasi yang dapat membantu kita dalam menjalankan aktiviti harian dengan lebih teratur. Contohnya, terdapat aplikasi yang membantu kita menguruskan waktu dengan baik, mengira kalori makanan dan banyak lagi.

b. Dapat berhubung dari jauh

Dengan adanya smartphone, kita dapat berhubung dengan sahabat handai, adik-beradik dengan lebih mudah. Boleh live video dengan sekelip mata tak kira di mana kita berada. Dengan syarat, kenalah ada internet.

c. Info yang cepat

Kita akan memperoleh info-info terkini dengan cepat dan pantas! Memang laju sahaja. Contohnya kalau kita tak tahu nak cari kedai makan yang sedap di sesuatu tempat, kita boleh google atau tanya sahaja di group whatsapp atau telegram.

d. Mudah ke mana-mana

GPS boleh digunakan bila-bila masa sahaja. Dapatkan GPS koordinat dan kita dapat terus ke tempat yang ingin dituju tanpa perlu sesat sana sini. Tapi, jangan guna GPS pun sesat.

e. Alat hiburan
Bagi mereka yang sukakan muzik, mereka dapat mendengar lagu-lagu kesukaan dengan menggunakan smartphone. Bukan itu sahaja, kita juga dapat menghiburkan hati dengan bermain game yang terdapat dalam smartphone. Cumanya, kita jangan terlalu lalai dengan game dan lagu sampai melewat-lewatkan solat.

3.2 Keburukan


a. Melalaikan

Telefon pintar bakal melalaikan kehidupan seseorang. Jika tidak banyak, setidak-tidaknya kehidupan kita sebagai pengguna telefon pintar akan sedikit melalaikan. Keasyikan melayan aplikasi yang menarik seperti aplikasi sosial dan videogame, kadang-kala membuatkan kita terlewat menunaikan solat, atau terlupa menyiapkan tugasan yang lebih penting di pejabat/rumah.

Cara atasinya: Pastikan kita siapkan perkara yang lebih utama dahulu pada waktu tersebut.

b. Membahayakan keselamatan

Saya selalu terganggu semasa memandu – apabila kereta di depan tidak bergerak selepas lampu hijau menyala. Apabila di hon barulah tergesa-gesa tekan minyak. Apabila diperhati, ternyata pemandu tersebut leka menggunakan telefon pintar. Tak kurang juga penunggang motosikal ‘tawaduk’ yang menunggang perlahan tidak kena pada tempatnya. Apabila dipotong, rupanya penunggang tersebut sedang menggunakan telefon pintar. Amat berbahaya! Jika terlalu penting, hentikan kenderaan kita di tempat yang sesuai sebelum menggunakan gajet.

c. Menjauhkan yang dekat

Seperti yang saya terangkan pada perkara pertama di atas, kelalaian menggunakan telefon pintar boleh membuatkan kita secara tidak sengaja menjauhkan yang dekat. Kita lebih melayan ‘orang’ di dalam telefon berbanding dengan orang di sekitar kita. Jika keterlaluan, orang akan melabelkan kita sebagai seorang yang sombong, atau pun anti-sosial. Silaturrahim dengan orang di hadapan kita adalah lebih utama. Dan biasanya apabila kita berhubung dengan menggunakan telefon, kita akan faham apabila kita lambat mendapat respon. Mungkin ada sesuatu yang lebih penting bagi sahabat kita di sebelah sana.

d. Penyebaran fitnah
Teknologi maklumat masa kini membuatkan ‘segalanya’ di hujung jari kita. Ya, segalanya. Yang baik, yang jahat, yang hangat, yang sejuk, dan segala-galanya. Jika dahulu, untuk menyebarkan gosip, mungkin kita perlu menapak beberapa minit ke rumah kawan, atau menulis sepucuk surat dan menjilat satu-dua setem sebelum sesebuah info disebarkan. Tetapi kini, dalam beberapa saat, tanpa meninggalkan kerusi empuk kita, kita mampu menyebarkan maklumat kepada ribuan sahabat dan pengguna di seluruh dunia. Jadi, fikir-fikirkanlah dahulu sebelum kita sebarkan sesuatu. Apakah pahala yang kita bakal dapat, ataukah dosa yang akan mengisi buku amalan kita. Hanya satu sentuhan ringan pada sekeping Corning Glass akan menentukannya.



4. LANGKAH MENGATASI SMARTPHONE DAN APLIKASI DALAM PERSEPSI ISLAM

Penyalahgunaan smartphone akan mendatangkaan pelbagai keburukan dan kebaikan kepada manusia. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah dan cara mengatasi penyalahgunaan smartphone.

4.1 Langkah dan cara mengatasi

                 Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, penggunaan telefon bimbit telah menjadi satu keperluan kepada kebanyakan umat manusia. Dahulu, hanya golongan kaya yang menggunakan telefon bimbit, tetapi kini, dalam kehidupan yang bertunjangkan nawaitu meterialistik marcapada ini, kebanyakan golongan dewasa, remaja dan pelajar serta murid sekolah rendah juga berupaya menggunakan telefon bimbit. Remaja dan murid sekolah rendah turut mengikut jejak orang dewasa menggunakan telefon bimbit. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang implikasi penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar? Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai langkah untuk mengatasi penggunaan telefon pintar dalam persepsi Islam. Walaupun gajet ini tidak 100% membawa kesan negatif kerana ia turut dijadikan alat pendidikan atau boleh digunakan sebagai sebahagian untuk merapatkan ikatan silaturrahim. Tetapi perkara ini menjadi lebih rumit apabila perbualan makan malam di dalam keluarga yang sepatutnya “hati ke hati” tetapi ia menjadi perbualan yang tidak mesra kerana mereka bercakap dengan anak-anak mereka tetapi mata melihat pada alat gajet mereka. Ibubapa perlu mengawasi masa antara anak-anak dan aktiviti di skrin kerana kanak-kanak tidak tahu bila untuk berhenti dan mungkin menjadi kecewa apabila disuruh.

a. Salah satu kaedah untuk kanak-kanak belajar ialah melalui imitasi. Melihat ibu bapa mereka menggunakan gajet pada masa rutin yang seimbang akan memberi kesan yang positif kepada kanak-kanak untuk mereka mencontohi. Beberapa contoh ialah aktiviti meminjam buku untuk membaca, menghabiskan masa di luar rumah atau tindakan yang mudah ialah menjauhkan alat peranti sewaktu di meja makan.

b. Selain itu, kaedah yang lain ialah ibu bapa boleh implikasikan ialah menghadkan penggunaan alat peranti ini kepada anak-anak anda dngan adakan peraturan di rumah untuk menggunakan gajet. Kaedah yang baik ialah merancangkan jadual masa. Contoh, ia dibenarkanuntuk menggunakan alat peranti mereka pada hujung minggu atau semasa cuti, dengan syarat bahawa ia tidak pada tempoh peperiksaan. Pada permulannya akan memberi sedikit kekecewaan kepada anak-anak tetapi lama-kelamman mereka akan belajar untuk menghargai dan lebih cenderung untuk bersedia mematikannya dengan sendirinya.
          
c. Disamping itu, ibubapa juga boleh merancang dengan adakan filem malam di rumah bersama-sama pada hari jumaat, dengan popcorn, coklat panas dan selimut. Ini dapat merapatkan lagi sifat kekeluargaan kepada anak-anak. Boleh juga dengan melakukan aktiviti yang sihat bersama anak anda seperti membuat kek bersama, menyiram pokok atau bersukan untuk mengurangkan lagi masa mereka dengan alat gajet.

d. Ibu bapa juga perlu berhati-hati dengan apa yang anak-anak anda tonton atau berkaitan dengan alat gajet mereka gunakan, dan sentiasa menasihati merkeka untuk tidak mendaftar di mana-mana talian/social media tanpa kebenaran. Tetapi pastikan ibu bapa sentiasa konsisten mengawasi masa anak-anak. Sebaliknya diajar pada usia muda mereka.
          
e. Walaupun computer dan permainan video sering dikaitkan dengan kesan negatif terhadap kanak-kanak, sebenarnya terdapat beberapa nilai yang baik untuk mereka, antaranya ialah dapat mengajar kanak-kanak dalam kemahiran penyelesaian masalah dan kreativiti. Disamping itu, bergantung kepada jenis permainan, mereka juga didedahkan dengan scenario kehidupan sebenar.
  
f. Dalam zaman dunia digital, tidak ada cara untuk melaksanakan sekatan berkenaan teknologi. Sebaliknya, seperti aktiviti lain, perlu ada masa dan tempat yang sesuai, dan terpulang kepada ibu bapa untuk mencari langkah bagi mengimbangi masa yang berkualiti anak-anak mereka di skrin dan di luar. 



5. KESIMPULAN

                 Kesimpulannya, smartphone dan aplikasi memberikan pengaruh yang besar kepada setiap masyarakat menngunakannya. Malah, mencari ilmu dan bahan rujukan  melalui smartphone dan aplikasinya. Selain itu, masyarakat dapat mengunakan teknologi tersebut ke arah kebaikan seperti melayari video mengenai ceramah Islam. Smartphone juga memiliki aplikasi yang boleh mengiburkan manusia, salah satunya permainan (game). Seterusnya, smartphone mempunyai pelbagai manfaat selain berkomunikasi  iaitu mempunyai  kalender, kamera, kalkulator dan lain-lain. Namun disebalik manfaat  yang diberikan dalam handphone, dapat memberikan dampak positif dan negatif.

               Perkembangan teknologi sangat berpengaruh terhadap kehidupan manusia terutama dalam hal komunikasi. Di zaman sekarang, manusia sudah lebih dipermudahkan dalam melakukan komunikasi iaitu dengan munculnya telefon pintar.

             Dengan telefon pintar kita dapat berkomunikasi dengan orang yang jauh tanpa harus pergi ke tempatnya. Dalam telefon pintar tidak hanya memberikan fasilitas untuk menelefon saja tetapi juga terdapat aplikasi-aplikasi lain yang bermanfaat bagi manusia. Namun disebalik manfaat yang diberikan dalam telefon pintar, ia juga dapat memberikan impak positif dan negatif. Kita sendirilah yang menentukan untuk memberi kesan negatif atau positif.

RUJUKAN 

           zahirzainudin.blogspot.com
           ummukhadijah.com


       

Comments

  1. Smart phone bagus .. Tapi apabila digunakan dgn betul akan menjadi betul.. Kalau sebaliknye, sebaliknye lah yang akn dapat.. Tq info

    ReplyDelete
  2. Informasi yang sangat berguna buat semua orang. Terima Kasih kerana berkongsi maklumat ini

    ReplyDelete
  3. Smartphone amat penting pada zaman ini kerana mudah untuk menyampaikan maklumat . sebagai pengguna mestilah menggunakan dengan bijak .

    ReplyDelete
  4. Maklumat yg baik.. Thank for sharing..

    ReplyDelete
  5. Thanks... Maklumat yg menarik utk semua..sy akan guna dlam kehidupan sehari an sy..

    ReplyDelete
  6. Smartphone juga ada kebaikan dan keburukannya . Terima kasih untuk info

    ReplyDelete
  7. Maklumat yg padat dan mudah difahami

    ReplyDelete
  8. lepas baca artikel ni baru sedar saya addicted dengan smartphone. thanks admin :)

    ReplyDelete
  9. casino real money no deposit bonuses 2021
    2021-12-07 Bonus Codes - 벤 델핀 100% Deposit match up to bet365 es $5000 + 365 bet 100 Free Spins. 러시안 룰렛 가사 Free Spins and No Deposit Welcome Bonus Codes for 스카이바카라 Casino real money.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PEMBEDAHAN PLASTIK DALAM PERSEPSI ISLAM

TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN DARI PERSEPSI ISLAM

PENGUNAAN TEKNOLOGI NUKLEAR DARI PERSEPSI ISLAM