PENGUNAAN TEKNOLOGI NUKLEAR DARI PERSEPSI ISLAM


PENGGUNAAN TEKNOLOGI NUKLEAR DARI PERSEPSI ISLAM                                                        



1. PENDAHULUAN

 James Chadwick

Darsawasa ini, rakyat Malaysia telah mengetahui tentang penggunaan teknologi nuklear dalam pelbagai aspek di dalam industri masa kini. Nuklear dapat ditakrifkan sebagai sejenis tenaga yang mengikat nukleus sesebuah atom. Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindak balas nuklear seperti pereputan radioaktif serta pembelahan atau pelakuran nuklear. Selain itu, ia juga merujuk kepada teknologi atau industri tenaga nuklear yang membolehkan penjanaan tenaga sekunder. Melihat dari perspektif yang lain, latar belakang sejarah tenaga nuklear pada tahun 1932 nuklear telah ditemui oleh James Chadwick merupakan salah seorang daripada saintis British. Namun begitu, informasi mengenai kewujudan nuklear telah pun tertulis dalam kitab Al-Quran dalam surah Al-Hadid. Istilah Al-Hadid  sendiri bermaksud logam besi dan sememangnya mempunyai kaitan antara nuklear. Antara bahan-bahan radioaktif ialah Uranium, Platonium, Radium dan banyak lagi. Firman Allah SWT dalam surah Al-Hadid ayat yang ke-25 bermaksud "Pada besi itu, terdapat kekuatan yang amat kuat yang boleh memusnahkan manusia" .



2. Kebaikan Pengunaan Teknologi Nuklear 

Loji Nuklear 
Terdapat banyak kebaikan yang dapat kita gunakan dalam pengunaan teknologi nuklear .Umumnya teknologi nuklear banyak digunakan di dalam pelbagai sektor. Tambahan lagi, teknologi nuklear dapat kita perluaskan dalam penghasilan pelbagai produk mahupun penghasilan di dalam sesuatu industri. Oleh itu teknologi nuklear perlulah dititik berat manfaatnya di dalam semua aspek .

2.1 Antara kebaikan teknologi nuklear yang dapat dilihat ialah pengunaan dalam bidang pertanian. Dengan pengunaan bahan radiasi seperti sinaran gamma ia mampu meningkatkan produktiviti dan membantu meningkatkan kecekapan dalam penghasilan pertanian. Selain itu ia juga membantu dalam pemandulan serangga perosak  dan pengukuran nilai pH tanah. Dengan kaedah radiasi nuklear ini ia mampu menghalang dari serangga perosak yang menganggu penghasilan aktiviti pertanian dan menghasilkan variasi tanaman yang unggul misalnya padi yang lebih resistan terhadap cuaca persekitaran .

2.2 Dari perspektif yang lain pengunaan teknologi nuklear juga mampu diterapkan dalam industri perkilangan yang membawa manfaat kepada manusia mahupun haiwan. Sebagai contoh, sinaran Beta (B) dapat diguna pakai untuk mengawal dan memeriksa keketebalan bahan-bahan seperti kertas, kepingan aluminium dan plastik untuk kegunaan perkilangan. Justeru itu ia dapat menghasilkan produk yang lebih efektif di sektor perkilangan. Lanjutan lagi, Teknologi nuklear berpontensi menhasilkan sumber sekunder. Antaranya ialah sumber tenaga elektrik dalam penjanaan tenaga kuasa . Tenaga elektrik ini dijana berdasarkan kaedah teknologi pengewapan  untuk memutarkan turbin yang dihubungkan ke generator dan menghasilkan tenaga elektrik . Dengan kaedah alternatif ini ia mampu mengurangkan pengunaan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Misalnya sumber tenaga petroleum, gas asli dan arang batu. Justeru itu, pengunaan teknologi nuklear harus diguna pakai semaksimumnya dalam pelbagai industri .  


Sumbangan terbesar teknologi nuklear adalah dalam sektor perubatan . Teknologi nuklear ini jelas dapat membantu manusia dalam sektor perubatan  yang dapat menyelamatkan manusia . Radioisotop digunakan dalam radioterapi dan sinaran X (X-ray). Sinaran gamma terhasil daripada kobalt-60 yang berperanan untuk membunuh sel-sel kanser dalam badan pesakit. Dengan adanya teknologi seperti ini, nyawa orang ramai dapat diselamatkan daripada penyakit-penyakit kanser yang boleh membunuh. 

2.3 Selain itu, radioisotop Iodin-131 berfungsi sebagai penyurih untuk memeriksa fungsi kelenjar tiroid dan dapat mengesan pertumbuhan tumor . Sinaran gamma pula akan digunakan untuk mensteril peralatan perubatan yang tidak tahan kepada haba seperti picagari. Natrium-24 pula digunakan untuk mengesan pembekuan darah dengan menyuntik ke dalam sel darah badan manusia .

Teknologi nuklear juga memberi sumbangan dalam bidang arkeologi bagi mengenal pasti usia bahan purba seperti fosil tumbuhan dan binatang. Kaedah ini juga dikenali sebagai pentarikhan karbon-14 kerana usia bahan purba ini boleh ditentukan dengan mengukur karbon-14 yang tertinggal di dalam fosil.
 
Kapal Selam Milik Tentera Amerika Syarikat
2.4 Akhir sekali, teknologi ini juga banyak menyumbang dalam bidang pertahanan. Sejak awal lagi negara-negara maju seperti Amerika Syarikat telah mengunakan teknologi nuklear untuk memperluaskan aset-aset pertahanan mereka . Antaranya kewujudan kapal selam berkuasa nuklear yang dibina pada tahun 1950an . Kewujudan kapal selam berkuasa nuklear ini mampu melaksanakan pelbagai misi pertahanan dan misi menyelamat.



3. KEBURUKAN PENGUNAAN TEKNOLOGI NUKLEAR

Letupan Nuklear 
Teknologi nuklear juga berpotensi mendatangkan impak yang negatif seperti penyalahgunaan bahan nuklear. Peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki telah menyebabkan kemusnahan yang teruk kepada alam sekitar , harta benda dan manusia. Justeru itu terdapat beberapa keburukan yang harus dititik berat oleh semua pihak tentang bahayanya penyalahgunaan teknologi nuklear ini .


3.1 Antaranya ialah pembuatan untuk kegunaan peperangan. contohnya, penciptaan bom atom yang memberi impak yang negatif kepada masusia sejagat. Hal ini demikian dapat dilihat dalam peperangan dunia ke dua yang melibatkan letupan bom di Hiroshima dan Nagasaki. Kesan daripada letipan tersebut jelas memberi kesan yang buruk kepada manusia dan kehidupan sekitarnya. Kini negara Jepun telah mengalami kerugian selepas letupan tersebut kerana sehingga kini kawasan tersebut masih mengalami saki baki radiasi. Tamsirnya, kesan radiasi akan menyebabkan kandungan fetus cacat dan memudaratkan manusia.


Bayi Dan Kanak-Kanak Yang Menghidapi Saki Baki Radiasi

3.2 Keburukan yang berpotensi berlaku ialah apabila stesen janakuasa nuklear meletup yang memberi kesan kepada kehidupan sekeliling. Contohnya, pencemaran air, udara, dan tanah. Hidupan seperti manusia, haiwan dan tumbuhan juga turut terjejas yang memberi kesan seperti mutasi dan kecacatan yang kekal. Penyakit seperti kenser juga akan mungkin tersebar disebabkan kandungan bahan-bahan toksik yang boleh membunuh manusia mahupun haiwan. Kesan radiasi ini amat berbahaya disebabkan angin setempat membawa radiasi tersebar dengan cepat dan luas tidak kira air atau darat serta udara sekalipun. Sebarang kecuaian yang berlaku bakal menyebabkan pelbagai masalah paling teruk adalah kematian. Jadi, sekiranya teknologi nuklear digunakan ia mestilah dikekalkan oleh pakar-pakar yang berilmu.






4.CARA MENGATASI PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI NUKLEAR.

Bagi setiap kelebihan,ada kekurangan. Teknologi nuklear juga terdapat beberapa kekurangan ataupun masalah. Antara masalah yang dihadapi ialah penggunaan tenaga nuklear yang berlebihan di dalam mesin siklotron boleh menyebabkan kerosakan organ dalam badan manusia. Sebagai contohnya, rawatan kemoterapi. Rawatan kemoterapi bagus untuk pesakit kanser tetapi jika diambil secara berlarutan atau berlebihan, ia dapat merosakkan sel-sel yang ada di dalam badan. Cara mengatasi masalah tersebut adalah dengan mengurangkan penggunaan sinaran-x dalam rawatan kemoterapi. Oleh itu kita sebagai umat Islam yang bijak, kita perlu menggunakan teknologi nuklear dengan sebaik mungkin supaya masyarakat hidup dalam harmoni dan dapat menjaga keselamatan masyarakat.


Mesin Siklotron

Selain itu, kita juga perlu memastikan supaya penggunaan teknologi nuklear tersebut dikendalikan oleh pihak yang bertanggungjawab. Individu yang mengendalikan tenaga nuklear ini perlulah mempunyai sifat tanggungjawab yang tinggi kerana nuklear adalah bahan yang sangat berbahaya. Jika terdapat sebarang kebocoran radiasi, individu-individu tersebut perlulah bertanggungjawab dan tidak lepas tangan jika berlakunya perkara yang tidak diingini seperti berikut. Antara cara untuk mengatasi masalah tersebut adalah dengan mengendalikan penggunaan teknologi nuklear tersebut dengan lebih baik dan cermat. Jika pengendalian ini dilakukan dengan betul,masalah mungkin dapat dielakkan. Sebagai contohnya, pekerja-pekerja perlulah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan seperti pemakaian pakaian yang telah ditetapkan oleh pihak atasan.


Pembocoran Nuklear Di Hiroshima
Di samping itu kita perlu menghadkan penggunaan nuklear bagi mengurangkan peratusan sinaran radioaktif tersebar.Sinaran radioaktif yang terdedah pada manusia mungkin tidak menampakkan kesan pada masa sekarang,tetapi akan menyebabkan kesan yang dahsyat pada masa akan datang seperti mutasi dan katarak.Perkara ini boleh menyebabkan kesan negatif terhadap masyarakat lain .Oleh itu,pihak tertentu perlu mengambil berat terhadap masalah ini supaya masa depan rakyat dalam keadaan terjamin.Pelbagai cara yang telah Malaysia perlu mengambil serius terhadap perkara ini dengan mengawal penggunaan teknologi nuklear dalam Malaysia.Ianya supaya dapat mengurangkan kes-kes seperti kebocoran pada loji nuklear.Jika perkara ini tidak mencegah dari awal kemungkinan penduduk setempatan akan terkena gelombang radioaktif.

Seterusnya ,agensi kerajaan perlulah menggariskan langkah keselamatan yang perlu dipatuhi sewaktu penggunaan bahan radioaktif dijalan di sektor perkilangan. Garis panduan keselamatan perlulah dipatuhi oleh semua pekerja bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.Sekiranya semua pekerja mematuhi peraturan, mungkin peratusan untuk mendapat kecederaan adalah kurang. Kerajaan juga perlulah mewujudkan prosedur pancaran gamma dalam bidang pertanian oleh agensi yang bertanggungjawab untuk mengelakkan kandungan nutrien tumbuh-tumbuhan terjejas. Kerajaan perlulah menyediakan satu platform tentang cara penggunaan sinaran gamma dengan betul dalam bidang pertanian supaya para petani tidak teragak-agak untuk menggunakan sinaran gamma yang mungkin akan memudahkan urusan mereka. Sinaran gamma tersebut bertujuan untuk memandulkan atau menghentikan pembiakan serangga pada tumbuh-tumbuhan melalui proses sinaran radioaktif.



Bayi  Menghidapi Penyakit Mutasi 
Iran pernah menjadi tuan rumah konferensi Pelucutan Senjata Nuklear.Berdasarkan konferensi tersebut ada yang mengatakan selain senjata nuklear, senjata-senjata pemusnah lainnya seperti senjata kimia dan senjata biologi dianggap ancaman bagi manusia.Bangsa iran menjadi korban penggunaan senjata kimia memahami bahaya produksi dan penimbunan senjata-senjata.

Bahayanya tenaga nuklear tidak hanya menyebabkan kematian dan kehancuran luas tetapi kesannya akan menyeluruh. Kesan anti-kemanusiaan dari senjata nuklear akan melampaui batas-batas politik, bahkan akan menimbulkan kerugian.Berdasarkan prinsip Islam,penggunaan nuklear sebagai senjata dilarang ,bahkan tidak dapat digunakan sebagai pencegahan. Tenaga nuklear juga mengancam kesihatan manusia. Risiko kemalangan dan bencana nuklear boleh menyebabkan kebocoran radioaktif terhadap manusia,haiwan dan tumbuhan-tumbuhan terdedah kepada radiasi.



5.KESIMPULAN

Kesimpulannya, teknologi nuklear ini amat berguna kepada alam semesta. Setiap apa yang berlaku sekarang ini dapat dikenal pasti dengan adanya teknologi nuklear ini. Setiap apa yang diciptakan oleh Allah SWT mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan termasuk teknologi nuklear ini. Namun yang demikian, teknologi ini hendaklah di kendalikan dengan berhati-hati kerana kesan yang akan diterima adalah teramat buruk .Justeru , teknologi mestilah di kendalikan oleh ahli-ahli pakar yang berilmu kerana tanpa ilmu ini tidak akan dapat dibangunkan dan akhirnya keburukan pula akan diterima

Pandangan saya mengenai teknologi nuklear ini amat berguna kepada pembangunan negara Malaysia. Sekiranya teknologi nuklear ini diabaikan oleh negara,pastinya Malaysia akan ketinggalan dalam serba serbi perkara yang ada pada masa hadapan.

Pada zaman yang era moden ini, pembangunan negara amat bergantung kepada perkembangan teknologi nuklear. Apa yang penting ialah teknologi nuklear ini tidak harus di salahgunakan oleh pihak-pihak tertentu ataupun kuasa-kuasa besar keuntungan sendiri.

Kegunaan sinaran dalam bidang lain agak kurang menimbulkan perbalahan, terutama dalam bidang perubatan . Tiada sesiapapun yang boleh mengenepikan kemajuan diagnosis dan rawatan yang dicapai oleh perubatan nuklear.



RUJUKAN

Bibliography

An-Nisaa'. (2017). Keburukan Penggunaan Teknologi Nuklear. Retrieved from http://www.scribd.com/doc/211183399/Keburukan-Nuklear


Wikipedia. (2017, Mei 7). Tenaga Nuklear. Retrieved from https://ms.wikipedia.org/wiki/Tenaga_nuklear


Comments

  1. Info yang sangat berguna untuk semua masyarakat . Bagus dan terima kasih .

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PEMBEDAHAN PLASTIK DALAM PERSEPSI ISLAM

TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN DARI PERSEPSI ISLAM