PERMINDAHAN ORGAN DAN DERMA DARAH DARI PERSEPSI ISLAM



1. PENGENALAN

Tidak ada istilah “putus asa” dalam Islam. Sebagai makhluk yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk mengimarahkan muka bumi, manusia seharusnya memanfaatkan akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah SWT bagi menyelesaikan sebarang masalah dan cabaran yang dihadapi.


Ini termasuklah soal merawat penyakit. Dengan perkembangan pesat dalam bidang perubatan moden, pelbagai kaedah rawatan penyakit telah ditemui dan diperkenalkan. Salah satu kaedah rawatan ini ialah rawatan pemindahan organ yang terbukti Berjaya merawat pesakit-pesakit yang menghidap masalah kegagalan organ peringkat akhir. Usaha merawat penyakit ini bertepatan dengan Hadith Sahih berikut:










Terjemahan:
Daripada Usamah ibn Syarik, beliau berkata, sekumpulan orang Badawi berkata,“Ya Rasulullah, bolehkah kami mendapatkan rawatan?” Baginda menjawab, “Ya boleh, wahai hamba-hamba Allah, dapatkanlah rawatan kerana sesungguhnya Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan (Dia) menentukan pula untuknya penyembuhan atau ubat kecuali satu penyakit.” Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah penyakit itu?” Baginda bersabda, “Penyakit tua.”1



2.MAKSUD DAN HUKUM PEMINDAHAN ORGAN DARI PERSEPSI ISLAM


Pemindahan organ atau transplantasi organ ialah sejenis prosedur perubatan di mana organ dikeluarkan daripada satu tubuh dan diletakkan ke dalam tubuh penerima untuk menggantikan organ yang rosak atau hilang. Penderma dan penerima mungkin berada di lokasi yang sama, atau organ-organ barangkali diangkut dari tempat pendermaan ke lokasi lain. Organ-organ dan/atau tisu yang dipindahkan dalam tubuh badan yang sama dipanggil "autocantuman" atau "autograf" (daripada autograft). Pemindahan yang dilakukan antara dua individu daripada spesies yang sama dipanggil "alocantuman" atau "alograf". Alocantuman ini boleh diperolehi dairipada sumber yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.




2.1 Maksud Pemindahan Organ Dari Persepsi Islam

Pemindahan organ adalah satu kaedah rawatan yang tidak disebut secara spesifik di    dalam Al-Quran mahupun sunnah Rasulullah SAW kerana kaedah ini merupakan satu perkembangan baru dalam dunia perubatan. Satu daripada maqassid Al-syariah (matlamat syariah) adalah untuk memelihara nyawa. Prinsip-prinsip syariah yang digunakan untuk mengeluarkan fatwa mengenai kaedah pemindahan organ ini termasuklah keperluan mengatasi larangan,memilih jalan yang paling kurang mudarat dan perlu dirawat dengan berikhtiar. Di Malaysia,fatwa mengenai keharusan pendermaan dan pemindahan organ telah dikeluarkan semenjak bulan jun 1970 an.

Dari perspektif Islam,pemindahan organ diharuskan dengan syarat tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit. Di samping itu, kaedah rawat ini juga diharuskan sekiranya tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penerima organ atau penderma organ (sekiranya penderma masih hidup). Islam juga mensyaratkan pendermaan organ dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk membantu orang lain semata-mata kerana Allah SWT dan bukannya bertujuan untuk mendapatkan ganjaran atau habuan.








2.2 Hukum Pemindahan Organ


Dalam konteks Islam, hukum mengenai pemindahan dan pendermaan organ tidak dibincangkan secara khusus dalam sumber utama hukum iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Ini kerana pemindahan dan pendermaan organ merupakan perkembangan perubatan yang bermula pada abad ke-20. Walaupun demikian, para ulama Islam sudah membincangkan perkara ini semenjak tahun 1950-an lagi. Di Malaysia, isu pemindahan organ mula dibincangkan pada tahun 1960-an apabila Mufti Negeri Perlis mengeluarkan fatwa berhubung isu ini pada tahun 1965.


Pandangan-pandangan yang dikeluarkan oleh ulama Islam berkaitan pemindahan organ bersifat ijtihadi iaitu ijtihad yang dilakukan berdasarkan pendekatan-pendekatan fikah. Fatwa yang bersifat ijtihadi, seperti yang diterangkan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi, ulama kontemporari dari Mesir, ialah fatwa yang “masih boleh diperbincangkan, seperti juga ijtihad manusia yang lain, tambahan pula ia bersangkutan dengan hokum masalah baharu yang tidak tercatat pendapat ulama-ulama terdahulu”.3


Secara asasnya, hukum pemindahan dan pendermaan organ ialah harus. Ini kerana pemindahan dan pendermaan organ memenuhi tuntutan memelihara nyawa manusia yang merupakan salah satu daripada maqasid al-syar‘iyyah (objektif syariah).





3. SYARAT PEMINDAHAN ORGAN DAN DERMA DARAH DARI PERSEPSI ISLAM


Antara-antara organ manusia


Keharusan menderma organ juga terikat kepada syarat-syarat berikut yang bertujuan untuk melindungi semua kepentingan selaras dengan undang-undang Islam seperti Tidak memudaratkan penderma yang masih hidup  seperti menyebabkan kematian atau hilang upaya (kehilangan pendengaran, penglihatan dan morbility).Selain itu,Pemindahan dilakukan dengan kebenaran daripada penderma.


3.1 Syarat Pemindahan Organ Dari Persepsi Islam

Pemindahan organ berlaku dalam dua keadaan iaitu keadaan penderma masih hidup atau keadaan penderma yang telah meninggal. Penderma masih hidup mesti menjalankan kajian perubatan dengan cara terperinci dan professional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan pemindahan. Penderma mestilah reda, tanpa paksaan. Selain itu, pemindahan dilakukan dalam keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya , terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga. Di samping itu,organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jual beli, dagangan dan jual beli hanya akan mengundang perbuatan khianat yang memberi mudarat kepada penerima,memberi keuntungan kepada orang tengah yang mengaut keuntungan.


Seterusnya, keadaan penderma yang telah meninggal dunia, penderma mestilah reda, melalui wasiat ataupun waris-waris dan perakuan daripadakerajaan. Dilakukan pemindahan itu dengan penuh disiplin ilmu,iman dan takwa, penghormatan yang sewajarnya kepada si mati mengikut hukum syarak serta tiada unsu-unsur penghinaan. Dilakukan dalam keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga. Digalakkan mendapat persetujuan dari keluarga terdekat dari suami, anak, ibu dan bapa.



3.2 Syarat Menderma Darah Dari Persepsi Islam   

Antara syarat menderma darah ialah bagi penderma mestilah baligh , berakal dan tidak dipaksa. Begitu juga tidak mendapat sebarang kemudaratan dengan sebab menderma darah. Bagi penerima, hendaklah pesakit itu memerlukan darah di peringkat darurat atau hajiat. Tidak ada benda lain yang mampu mengganti tempatnya. Hendaklah dengan izin penerima melainkan pada keadaan darurat yang tidak memerlukan keizinan penerima. Dalam keadaan darurat juga tidak perlu diambil kira bangkangan dari penjaga budak kecil atau orang gila yang mana pihak perubatan telah menyatakan wajib dilakukan pemindahan darah demi untuk menyelamatkan nyawanya.


Permindahan darah adalah bersifat tabarru’ (sedekah atau hadiah) tanpa melibatkan pertukaran harta kerana haram menjualnya. Fatwa Akademi Fekah bagi Ikatan Dunia Islam berpendapat haram hukumnya mengambil bayaran dari pemindahan darah atau dengan erti jual beli darah. Ini adalah kerana darah adalah perkara yang diharamkan untuk dimakan yang dinaskan dalam Al-Quran bersama bangkai dan babi. Perkara yang haram dimakan, haram jual beli dan mengambil bayaran.








4.KEBAIKAN PERPINDAHAN ORGAN DAN DERMA DARAH 



Hanya dengan satu organ mahupun tisu yang didermakan dan dapat dimanfaatkan oleh penerima, ia boleh mengubah hidupnya seratus peratus; daripada seorang yang bergantung kepada ubat-ubatan ataupun alat-alatan perubatan tertentu untuk hidup kepada seorang yang boleh hidup seperti manusia biasa yang sihat.

4.1 Kebaikan Derma Darah

Tingkat Tahap Kesihatan                                                                 

Menderma darah boleh mengurangkan perasaan bimbang mengenai kesihatan. Ujian kesihatan yang dibuat boleh memberitahu mengenai tahap kesihatan kita. Hilangnya perasaan bimbang, boleh melahirkan perasaan positif dan seterusnya membina dan menambahkan keyakinan diri serta kesejahteraan hidup.

Membakar Kalori

Menderma darah juga boleh mengurangkan kalori penderma hanya dengan berbaring diatas kerusi. Kajian mendapati menderma darah dapat membakar 650 Kal seseorang dalam satu sesi iaitu membantu penderma mengurangkan berat badan, kekal sihat dan ramping serta mencegah obesiti. Walaubagaimanapun, menderma darah ada hadnya. Penderma hanya boleh menderma sekali dalam dua atau tiga bulan bergantung kepada status kesihatan, hemoglobin darah dan tahap zat besi.

Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Walaupun zat besi adalah elemen yang penting untuk memastikan badan berfungsi dengan baik, jika berlebihan akan membawa kepada stres oksidatif iaitu penyumbang utama kepada serangan jantung, strok, percepatan proses penuaan serta lain-lain penyakit. Jika seseorang itu menderma darah dengan kerap, dapat membantu menyeimbangkan tahap zat besi dalam badan. Mereka yang menderma darah setahun sekali mempunyai risiko 88% lebih rendah mendapatkan serangan jantung berbanding mereka yang tidak menderma.


4.2 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN JIKA TIDAK MELAKUKAN PERPINDAHAN ORGAN

Kekurangan penderma organ telah menjadi satu masalah yang besar dalam kalangan pihak-pihak hospital memandangkan jumlah pesakit yang memerlukan pemindahan organ semakin meningkat dari tahun ke tahun. Hal ini telah menyebabkan peningkatan jumlah kematian pesakit tidak kira umur iaitu kecil, muda atau tua yang mengalami kegagalan organ untuk berfungsi dengan sempurna.

1. Kebaikan penderma organ ini boleh menyelamatkan nyawa insan-insan yang memerlukannya. sesungguhnya, terdapat pelbagai langkah dan kesan negara kekurangan penderma organ di negara kita. Hal ini bukan sahaja mampu meningkatkan kesedaran kepada seluruh warga tentang kepentingan menderma organ malah menghapuskan persepsi buruk mereka apabila mendermakan sebahagian organ mereka.

2. Kesan selanjutnya ialah menyebabkan ramai pesakit pergi mendapatkan rawatan dan pendermaan organ dari luar negara. Hal ini sedemikian kerana masyarakat kita masih kurang pendedahan dan jahil tentang menderma organ dan akhirnya menyebabkan pesakit-pesakit ini terus menunggu sehingga menimbulkan kematian.

Firman Allah dalam Surah Baqarah ayat 185:



           يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر

Maksudnya:

“Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.”


5. Kesimpulan

Ibn Qayyim al-Jawziyyah meletakkan pengorbanan jiwa raga pada peringkat yang tertinggi sekali daripada sepuluh jenis pengorbanan yang beliau sebutkan dalam Madarij al-Salikin. Penderma organ boleh dikategorikan di bawah pengorbanan jiwa raga seperti yang dinyatakan oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah ini. Ini kerana penderma sanggup menderma organnya kepada pesakit yang memerlukannya dengan syaratsyarat yang ditetapkan. Menyelamatkan nyawa manusia ialah salah satu daripada tumpuan penjagaan syarak dalam Islam.


Pendermaan organ juga melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk membantu satu sama lain tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, pangkat dan harta. Islam sememangnya amat menggalakkan sifat taawun atau bantu-membantu seperti dalam ayat al-Quran berikut:





Terjemahan:

         
“ …Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).”37


RUJUKAN










Comments

  1. Wah.. Ini yang memankinkan saya untuk menderma organ .. Thank for your info..

    ReplyDelete
  2. Menderma darah banyak faedahnya. Terima Kasih sebab berkongsi

    ReplyDelete
  3. Mari laa kita menderma darah bersama-sama di hospital yang terdekat untuk pesakit-pesakit yang memerlukan . Kita tolong orang . insyaalah orang akan tolong kita bila kita memerlukannya

    ReplyDelete
  4. Keterangan yang jelas dan mudah difahami . Terima kasih

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Maklumat yg padat dan mudah difahami

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PEMBEDAHAN PLASTIK DALAM PERSEPSI ISLAM

TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN DARI PERSEPSI ISLAM

PENGUNAAN TEKNOLOGI NUKLEAR DARI PERSEPSI ISLAM